Connect with us

PUBG Mobile

ANALISIS: Bigetron RA pusing 2.2km demi Chicken Dinner

Published

on

Foto: PUBG Mobile Indonesia

PASUKAN profesional PUBG Mobile, Bigetron Red Aliens (Bigetron RA) menunjukkan pengalaman mereka sememangnya bertaraf dunia dalam usaha mendapatkan mata kedudukan serta mata bunuh dalam perlawanan peringkat League Weekend Liga Dunia PUBG Mobile (PMWL) Timur.

Perkara itu dapat dilihat dalam pusingan ketiga di peta Erangel League Weekend Timur pada malam tadi.

Pada minit ke-10 pusingan ketiga dalam peta Erangel, kedudukan bekas juara dunia PMCO Global Fall Split Finals 2019 itu dilihat tersekat apabila pasukan-pasukan lain seperti SynerGE dan Box Gaming menghalang cubaan mereka untuk masuk ke dalam zon selamat.

Namun demikian, Bigetron RA berjaya mencari jalan dengan melakukan penukaran posisi dari kawasan perumahan Farm ke kota Mylta.

Bigetron RA kemudiannya menuju ke Mylta Power, iaitu satu lokasi yang menjadi faktor penentu tertinggi kemenangan Chicken Dinner mereka.

Bigetron RA mengambil kira-kira 1 minit 30 saat untuk membuat penukaran posisi sejauh kira-kira 2.2 kilometer dari perumahan Farm ke tebing Mylta Power di mana mereka mampu masuk ke dalam zon seterusnya tanpa mengalami sebarang masalah.

Video: YouTube / PUBG Mobile Esports

Dalam pusingan itu, pasukan Bigetron RA berjaya memberikan lebih 2508 kesan bunuh dan mengutip 11 mata bunuh, menjadikan jumlah keseluruhan yang berjaya dikumpul adalah sebanyak 31 mata.

Menurut kapten pasukan Made Bagus Prabaswara (Luxxy) dalam satu temu bual selepas perlawanan, keputusan Bigetron RA untuk bermain di luar bulatan adalah adalah kerana mereka mempunyai barangan yang mencukupi.

Foto: Youtube/ PUBG Mobile

“Kami turut menunggu pasukan-pasukan di dalam bulatan untuk bertarung sesama sendiri terlebih dahulu sebelum melakukan serangan untuk memperolehi mata bunuh yang mencukupi,” jelas Luxxy.

Bigetron RA kini berada di tempat ketujuh secara keseluruhan selepas Hari Pertama League Weekend dijalankan dengan 41 mata keseluruhan

Wakil negara, Yoodo Gank dan Team Secret masing-masing berada di kedudukan ketiga dan kelapan.

Foto: Youtube/ PUBG Mobile

BACA: PMWL: Selepas telur di hujung tanduk, Team Secret naik juga ke Top 10

League Weekend akan kembali berlangsung pada esok jam 8 malam di YouTube dan Facebook PUBG Mobile Esports.

Hanya 16 pasukan teratas League Weekend yang layak ke peringkat paling penting dalam PMWL Timur iaitu Super Weekend.

PMWL Timur bakal menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM1.8 Juta (AS$850,000).

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved