Connect with us

PUBG Mobile

LINEUP RASMI THE ONE AND ACTUALLY!

Published

on

Foto: Zoom / Yoodo Gank

YOODO Esports hari ini mengumumkan barisan utama terkini bagi skuad PUBG Mobile itu.

Berikut adalah senarai pemain Yoodo Gank bagi musim kali ini:

  • Aiman Mohd (Man Parang)
  • Abdul Azim Ikromi Abdul Rashid (Draxx)
  • Lokman Hakim Abdul Saddar (Bravo)
  • Fairul Iskandar Putra (Putra)
  • Azim Haris Mohd Puhatdi (WRYDEP)

Perkara itu diumumkan dalam satu sesi media Yoodo Powers Up 2021 With Esport seketika tadi.

Pengurus Yoodo Gank, Kevin Wong berkata pasukannya mensasarkan untuk menjadi juara dalam Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia dan Singapura (PMPL MYSG) Musim Ketiga yang akan datang.

“Setiap pemain Yoodo Gank mempunyai kapabiliti yang tersendiri dan kami mensasarkan untuk menjadi yang terbaik di negara ini,” kata Kevin dalam sidang media itu.

Sementara itu, Kapten Yoodo Gank, Man Parang berkata kehadiran tiga pemain itu iaitu Draxx, Bravo dan Putra sememangnya akan mengukuhkan lagi potensi pasukannya.

“Ketiga-tiga pemain itu mempunyai potensi yang tinggi dan boleh pergi lebih jauh. Saya tidak sabar untuk PMPL MYSG Musim Ketiga nanti,” kata Man Parang.

Mengulas perjalanan kariernya dalam PUBG Mobile bersama Yoodo Gank sejak tiga tahun lalu, Man Parang juga berkata dia tidak menjangkakan bahawa dirinya dapat memperoleh pengalaman yang sangat banyak.

Bermula dengan kosong, Man Parang mahu mencapai kejayaan yang lebih banyak.

“Kami bermula dengan tiada apa-apa. Kami tidak jangka boleh pergi jauh seperti ini. Saya tidak mahu membazirkan persefahaman yang kami ada.

“Saya berharap kami boleh pergi jauh pada masa akan datang,” kata Man Parang.

Yoodo Gank merupakan antara nama besar dalam arena kompetitif PUBG Mobile Malaysia.

Antara pencapaian terbesar pasukan itu adalah dengan memenangi Final Liga Profesional PUBG Mobile Asia Tenggara (SEA Final) 2020 yang lalu.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved