Connect with us

PUBG Mobile

“Udah bilang bukan uHigh, kalian tidak percaya. Mahu saya telefon uHigh?” – CEO BTR

Published

on

KETUA Pegawai Eksekutif Bigetron Esports, Edwin Chia, dilihat berulang kali menafikan ura-ura mengenai pemain profesional PUBG Mobile Malaysia, Dhiya Ulhaq Mohd Arasz (uHigh) ke skuad PUBG Mobile organisasinya, Bigetron RA.

Dia berkata demikian dalam satu penstriman langsungnya di NIMO TV baru-baru ini.

“Saya berkongsikan lagu Spotify di Instagram, (Snowman, Sia) ada rambut kerinting.

“Orang kata Uhigh, Uhigh, Uhigh. Saya baru tahu lagu tu, baru nak enjoy (berseronok).

“Setiap hari mesti ada ura-ura pemain baru. Semalam ‘Kings’, esok siapa. Kalian jangan gossip hal tidak benar,” kata Edwin.

Menurut Edwin, kehadiran Leander Deusfiel (Liquid) sudah mencukupi dan memadai untuk pasukan jaguh dunia itu.

Sementara itu, Edwin turut mengesahkan Bigetron RA bakal mempunyai pemain kelima bagi memenuhi syarat Liga Profesional PUBG Mobile Indonesia.

Dia juga berkata Bigetron RA juga merekrut satu lagi individu untuk berkhidmat bersama jurulatih pasukan itu.

Bigetron RA baru-baru ini kehilangan pemain utamanya, Nizar Lugatio Pratama (Microboy) selepas pada mulanya pemain itu dilaporkan mahu bersara.

BACA: Bukan lagi Sang Aliens, Microboy kini mengaum dengan EVOS

Microboy bagaimanapun mendapat tawaran baru ke EVOS Esports dan bakal menjadi IGL (ketua dalam permainan) skuad itu.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved