Connect with us

PUBG Mobile

Korpaii bagi ‘hint’ pasukan barunya

Published

on

Foto: Facebook / PW888

PEMAIN profesional PUBG Mobile dari Thailand, Thaphat kamphusan (Korpaii) memberi bayangan mengenai pasukan barunya selepas meninggalkan POWER888 KPS pada minggu lalu.

Korpaii berkata pasukan barunya itu merupakan pasukan impiannya sebelum menyertai POWER888 KPS.

“Besar, merah, ada pengalaman dan berakhir dengan huruf N,” kata bekas IGL pasukan POWER888 KPS dalam satu temu bual bersama media Indonesia, RevivalTV pada malam tadi, memberi bayangan mengenai pasukan barunya annti.

https://www.instagram.com/p/CKz6IGcJy8O/

Jelas Korpaii, dia akan mengekalkan peranannya sebagai IGL (ketua dalam permainan) bersama pasukan baru nanti.

Korpaii juga berkata pasukan barunya itu kuat dan dia akan membantu mengukuhkan lagi dengan skil yang dia ada ketika ini.

Selain itu, Korpaii turut berkongsikan bahawa pada mulanya dia dan rakan-rakan sepasukannya tidak mahu meninggalkan POWER888 KPS.

Walau bagaimanapun, Korpaii berkata ada beberapa pasukan telah memberi tawaran yang lebih baik kepada pemain-pemain POWER888 KPS.

“Pasukan A ambil Atsawayut Aueafueaphan (Ices), pasukan B ambil Thanawat Suksangphanomrung (TT) dan pasukan C ambil Arsin Songcharoen (Gewwy).

“Hanya Kritsada Penglek (2Stopz) sahaja berada di POWER888 KPS ketika ini,” kata Korpaiii dalam temu bual yang sama.

Selain itu, Korpaii juga meluahkan hasratnya untuk bermain di luar Thailand bagi menambah pengalaman baru.

Jelas Korpaii, dia hanya mahu yang terbaik untuk dirinya sebagai pemain profesional.

“Saya sedikit bosan di Thailand. Saya mahu mencari pengalaman baru di Indonesia, Malaysia, China dan Jepun.

“Saya sudah lima tahun menjadi pemain profesional di Thailand. Saya hanya seorang pemain dan saya mahu menjadi yang terbaik dalam arena kompetitif,” kata Korpaii.

Korpaii turut mengulas mengenai prestasi POWER888 KPS dalam Kejohanan Global PUBG Mobile (PMGC) Musim Zero pada bulan lalu.

Dalam kejohanan dunia itu, Korpaii dan POWER888 KPS hanya mampu berpuas hati di ranking ke-14 secara keseluruhan meski mendapat satu Chicken Dinner pada saat-saat akhir.

“Kami selalu kalah apabila bertembung dengan pasukan-pasukan besar.

“Ini bukan masalah skil tapi tekanan ketika bermain dalam PMGC membuatkan kami kurang percaya kepada diri sendiri apabila ingin berlawan,” kata Korpaii.

Korpaii merupakan antara nama besar di Thailand. Sebelum menyertai POWER888 KPS, Korpaii juga pernah berkhidmat untuk EVOS Burnout (EVOS Esports).

Selepas menjuarai Liga Profesional PUBG Mobile Thailand pada tahun lalu, Korpaii dan POWER888 KPS menduduki tempat kelima di Final Liga Profesional PUBG Mobile Asia Tenggara Musim Kedua dan berjaya mendapatkan slot ke liga dunia PMGC.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved