Connect with us

PUBG Mobile

“Ku akan merinduimu, Team Secret” – Jangs

Published

on

Foto: WTM Today / MARIAH AHMAD

SELEPAS hampir enam bulan bersama, Team Secret mengucap selamat tinggal kepada jurulatih skuad PUBG Mobile, Muhammad Farhan Abdul Gafar (Jangs).

Dalam satu pengumuman hari ini, Team Secret berkata pihaknya menghargai segala usaha Jangs selama berkhidmat bersama pasukan itu.

“Hari ini kami mengucapkan selamat tinggal kepada Jangs, saudara kami, teman kami, sahabat kami dan abang kami.

“Terima kasih atas segala usaha keras anda dan perkongsian ilmu anda bersama kami.

“Anda akan sentiasa berada dalam hati kami, Jangs,” kata Team Secret.

Jangs mulai sertai Team Secret pada 3 Julai tahun lalu, iaitu beberapa minggu sebelum Liga Piala Dunia PUBG Mobile (PMWL) Musim Zero bermula.

Sebelum menyertai Team Secret, Jangs merupakan pemain profesional e-sukan PUBG bersama Geek Fam dan Orange Esports.

Dia juga mempunyai pengalaman menyertai kejohanan di peringkat antarabangsa.

Sementara itu, Jangs dalam satu video ucapan di Instagram Team Secret berkata dia berterima kasih kepada ahli-ahli Team Secret yang membantunya sepanjang bersama pasukan itu.

“Terima kasih Madtoi, iShotz, uHigh, Rex, OTG kerana membantu untuk menjadikan diri saya lebih baik.

“Saya akan merindui anda, selamat maju jaya pada masa akan datang,” kata Jangs.

Sepanjang berkhidmat bersama Team Secret, Jangs telah membantu pasukan itu mengekalkan gelaran juara dalam Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia dan Singapura (PMPL MYSG) dan menaikkan ranking pasukan Malaysia dari tangga ke-15 ke tangga ke-7 terbaik dunia baru-baru ini.

https://www.instagram.com/p/CKvEiA5JvRL/?fbclid=IwAR2e8k1BiPjP6PXEDtisENmOvxE8z-qQTbtBIrYwsdreMwhCt5JpYL4hjOI
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved