Connect with us

PUBG Mobile

“Kata nak bersara…” – CEO Bigetron Esports

Published

on

Foto: Facebook / Edwin Chia

TIDAK menamakan mana-mana pemain secara spesifik, Ketua Pegawak Eksekutif (CEO )Bigetron Esports, Edwin Chia tetap mendoakan yang terbaik bagi haluan baharu yang dipilih individu tersebut.⁣

Menurut Edwin, keputusan baharu individu itu berada di luar kuasa pihaknya.⁣
⁣⁣
“Alasan menolak kontrak baharu (dengan Bigetron) kerana mahu bersara.

“Keputusan terbaru itu bukan dalam kuasa kami.⁣

“Ejen bebas, bukan berpindah,” katanya dalam satu catatan Instastory pada semalam.⁣

Catatan Instastory itu dimuatnaik beberapa jam selepas bekas pemainnya, Nizar Lugatio Pratama (Microboy) sah menyertai EVOS Reborn.

BACA: Bukan lagi Sang Aliens, Microboy kini mengaum dengan EVOS

Microboy sebelum ini berkhidmat bersama pasukan bertaraf dunia, Bigetron Red Aliens untuk tempoh hampir dua tahun.

Namun pada awal semalam, Microboy mengumumkan dia akan meninggalkan pasukan itu.

Sementara itu, Bigetron Esports dalam satu kapsyen video di YouTube berkata Microboy tidak mahu meneruskan kontrak bersama pasukan itu kerana keinginannya untuk bersara.⁣⁣

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved