Connect with us

PUBG Mobile

Bukan lagi Sang Aliens, Microboy kini mengaum dengan EVOS

Published

on

Foto: EVOS Esports

KURANG 24 jam berita pengumuman perpisahan dari Bigetron RA, pemain profesional PUBG Mobile Indonesia, Nizar Lugatio Pratama (Microboy) kini secara rasmi menyertai EVOS Esports.

Dalam satu video pengumuman di EVOS TV, Microboy menjelaskan dia mahu menjadi lebih sekadar jaguh dunia.

“Jadi juara dunia memang satu perkara yang membanggakan. Tak ramai yang berpeluang untuk berada di peringkat itu.

“Ramai orang yang menganggap ini adalah pencapaian yang tertinggi sebagai seorang pemain profesional.

“Tapi bagi saya, saya hanya mahu membuktikan kepada diri saya sendiri, kalau saya boleh bergelar lebih sekadar juara dan saya boleh melakukannya tidak kisah saya berada di mana. Sekarang, di sinilah tempat pembuktikan saya,” kata Microboy dalam video penyertaannya bersama EVOS Esports itu.

Microboy sebelum ini berkhidmat bersama pasukan bertaraf dunia, Bigetron Red Aliens untuk tempoh hampir dua tahun.

BACA: Microboy sah tinggalkan Bigetron Red Aliens

Namun pada awal pagi tadi, Microboy mengumumkan dia akan meninggalkan pasukan itu.

“Dalam setiap perjalanan, pasti ada akhirnya.

“Mungkin sudah sampai saatnya, saya mengakhiri perjalanan ini dengan Bigetron Red Aliens (RA),” kata Microboy dalam satu video pengumuman yang dimuatnaik di Bigetron TV pada pagi tadi.

Sepanjang bersama Bigetron RA, Microboy telah mencipta pelbagai rekod dalam menjadi yang terbaik di Indonesia, Asia Tenggara dan Antarabangsa.

Antara pencapaian terbaik Microboy bersama jaguh dunia itu termasuk:

  • Tempat kedua Liga PMGC 2020,
  • Juara Liga Dunia PUBG Mobile (PMWL) Musim Zero 2020
  • Juara Final Liga Profesional Asia Tenggara (SEA Final) Musim Kedua 2020
  • Juara peringkat liga dan Final Liga Profesional PUBG Mobile Indonesia (PMPL) Musim Pertama
  • Juara peringkat liga dan Final Liga Profesional PUBG Mobile Indonesia (PMPL) dan Kedua 2020
  • Juara Final Global PMCO 2019
  • Juara Liga PMCO Asia Tenggara 2019

Sementara itu, Ketua Pegawai Perniagaan dan Pengasas Bersama EVOS Esports, Hartman Harris berkata kemasukan Microboy dalam barisan utama skuad PUBG Mobile ternyata akan mengukuhkan lagi pasukannya.

“Penyertaan Microboy bersama EVOS Esports adalah sangat tepat bagi kami yang mahu menguatkan lagi pasukan untuk tahun 2021.

“Ia selaras dengan penjenamaan semula pasukan itu kepada EVOS Reborn.

“Kami memperakui Microboy mempunyai bakat dan skil yang telah membawanya kejayaan dalam kejuaraan dunia dan kami tidak sabar untuk dia menyarung jersi EVOS!” kata Hartman dalam satu kenyataan media.

EVOS Esports adalah peneraju organisasi e-sukan Asia Tenggara dengan memilki beberapa gelaran juara dunia seperti M1 (Mobile Legends) 2019 dan Piala Dunia Free Fire 2019.

EVOS Esports telah meraih RM66.2 juta (AS$16.4 juta) suntikan dana pelaburan bagi Siri A dan B dari Insignia Ventures Partners, Korea Investment Partners, Mirae Asset Ventures, Woowa Brothers, Indogen Capital, beberapa syarikat Asia Tenggara dan Jepun, syarikat konglomerat Indonesia dan pengurusan tertinggi e-dagang di China.leading eCommerce player in China.

Ia ditubuhkan pada 2017 dan beroperasi di lima buah negara dengan 15 pasukan serta lebih 60 pemain berada di bawah naungannya.

Antara skuad kompetitif e-sukan yang berada di bawah organisasi EVOS Esports termasuk Arena of Valor, Dota 2, League of Legends, Mobile Legends, Point Blank, Fortnite Battle Royale, Point Blank & FIFA.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved