Connect with us

PUBG Mobile

Microboy sah tinggalkan Bigetron Red Aliens

Published

on

“TERIMA kasih Bigetroopers. Anda banyak memberi sokongan kepada saya sehingga saat ini. Saya, mengucapkan selamat tinggal.”

Itu kata-kata akhir dari Nizar Lugatio Pratama (Microboy) sebagai pemain profesional Bigetron Red Aliens apabila sah meninggalkan pasukan itu pada hari ini.

Microboy mengumumkan perkara itu, menerusi satu video yang dimuatnaik pada pagi tadi di YouTube Bigetron TV, yang berjudul ‘THANK YOU MICROBOY’.

“Dalam setiap perjalanan, pasti ada akhirnya. Mungkin sudah sampai saatnya, saya mengakhiri perjalanan ini dengan Bigetron Red Aliens (RA).

“Terima kasih kepada pasukan Bigetron RA, pihak pengurusan, Bagas, Bagus, Albi, Isfan dan Sinyo juga serta Bigetroopers,” kata Microboy.

Sebelum ini Microboy ada meluahkan hasratnya untuk memberi tumpuan dalam bidang penstriman langsung dan melakukan analisis permainan jika dia memutuskan untuk berehat dari arena kompetitif.

Sementara itu, Bigetron Esports berkata Microboy tidak mahu meneruskan kontrak kerana keinginannya untuk bersara.⁣⁣

“Microboy telah memutuskan untuk berpisah dengan Bigetron RA. Dia menolak untuk menyambungkan kontrak kerana keinginannya untuk bersara.

“Kami di Bigetron Esports menghormati keputusan Microboy dan berharap agar dia berjaya dalam perjalanan baharunya,” kata Bigetron Esports.

Baru-baru ini, Microboy dan Bigetron RA mengakhiri Final Kejohanan Global PUBG Mobile (PMGC) Musim Zero di tempat kelima terbaik dunia.

Antara pencapaian terbaik Microboy bersama jaguh dunia itu termasuk:

  • Tempat kedua Liga PMGC 2020,
  • Juara Liga Dunia PUBG Mobile (PMWL) Musim Zero 2020
  • Juara Final Liga Profesional Asia Tenggara (SEA Final) Musim Kedua 2020
  • Juara peringkat liga dan Final Liga Profesional PUBG Mobile Indonesia (PMPL) Musim Pertama
  • Juara peringkat liga dan Final Liga Profesional PUBG Mobile Indonesia (PMPL) dan Kedua 2020
  • Juara Final Global PMCO 2019
  • Juara Liga PMCO Asia Tenggara 2019
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved