Connect with us

PUBG Mobile

Kamu tidak tahu perjalanan Team Secret di sebalik tabir-Jangs

Published

on

Foto: WTM Today / Mariah Ahmad

BUKAN senang untuk memartabatkan nama negara dan menaikkan industri e-sukan negara di mata dunia.

Meskipun sudah membawa nama negara ke tahap antarabangsa, pasukan profesional PUBG Mobile negara, Team Secret MY tidak bebas dari kecaman komuniti PUBG Mobile baru-baru ini.

Pasukan Team Secret MY baru sahaja menamatkan perjuangan di kejohanan PUBG Mobile Global Championship (PMGC) Musim Zero pada 26 Januari yang lalu di Dubai, Emiriah Arab Bersatu.

Dalam kejohanan tersebut, Team Secret MY berjaya menamatkan saingan di tempat ketujuh secara keseluruhan dengan 224 mata.

Foto: PuBG Mobile Esports

Dalam satu siaran langsung melalui Facebook Live, jurulatih pasukan Team Secret MY, Muhammad Farhan Abdul Gaffar (Jangs) sempat berkongsi pengalamannya melatih pasukan itu meskipun terpaksa mengalami kecaman daripada golongan warganet.

“Pelbagai kecaman dan halangan yang kami tempuhi sebagai sebuah pasukan.

“Terutamanya apabila kami (Team Secret MY) ‘terciduk (tersingkir awal) pada peringkat liga kejohanan PMGC.

“Dari situ, jelas, raut wajah pemain sedih, tertekan, kurang bersemangat dan sebagainya,” jelas Jangs.

Pada ketika itu, Team Secret MY gagal untuk melangkah ke peringkat Super Weekend terakhir dan berada di ambang penyingkiran apabila terlepas mengutip mata kelayakan ke peringkat final.

Jangs yang menyertai organisasi Team Secret MY Julai lalu menganggap segala kecaman yang dihadapi oleh pasukannya sebagai sebuah pengajaran bagi pasukan mereka.

“Meskipun begitu, kami tetap bangkit dan sekarang berjaya menduduki tempat ketujuh dalam kejohanan global.

“Kalau hendak kecam, ketahuilah apa yang mereka (ahli pasukan Team Secret MY) hadapi dan apa yang mereka cuba buat untuk memperbaiki corak permainan masing-masing.

“Mereka sudah usaha sehabis baik di sebalik perlawanan-perlawanan persahabatan ( scrim) dan perbincangan melalui ruang “

Jangs yang merupakan bekas pemain profesional Players Unknowns’ BattleGrounds (PUBG) bagi pasukan Geek Fam, berkongsi bahawa dia bangga dengan kejayaan yang diperolehi oleh pasukannya.

“Saya bangga dengan mereka kerana pasukan kami satu-satunya pasukan Malaysia yang berjaya mendapat tempat ketujuh dalam mana-mana kejohanan global.

“Ya betul, kami mungkin tidak berjaya menjulang piala kejohanan namun kami telah buat sehabis baik.

“Walaupun sudah cuba sehabis baik, rezeki yang Allah bagi pada kami cuma sampai di situ sahaja”

Pasukan Team Secret MY yang menamatkan perjuangan di Dubai telah pulang ke tanah air pada petang semalam.

https://www.instagram.com/p/CKlS3f5JAT_/

Pasukan itu dijangka akan meneruskan sesi latihan pada hari ini, menjelang persiapan Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia dan Singapura Musim Ketiga yang dijangka akan bermula Mac nanti.

Ikan hiu dipotong-potong, minat analisis tapi bo' ong. Analyst, writer, PUBGM enthusiast. Instagram: @detectivedubu

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved