Connect with us

PUBG Mobile

PMGC: Lovazin Futbolist tetap berjuang meski positif COVID-19

Published

on

PENERIMA Anugerah Final PMGC Musim Zero bagi kategori Field Medic terbaik, Onur Koc (Lovazin) difahamkan dijangkiti Covid-19 sebelum kejohanan bermula.

Menurut rakan sepasukannya dari Futbolist, Alper Umut Can Ayyildiz (Solkaytr), Lovazin masih mahu teruskan perjuangan dalam kejohanan itu walaupun kesihatannya semakin terjejas setiap malam.

“Lovazin adalah MVP sebenar pasukan kami telah dijangkiti Covid-19 sebelum kejohanan. Dia tetap mahu bermain meski kami sudah memberitahu yang dia tak perlu bermain.

“Awak lagi bernilai dari semua trofi, Lovazin. Saudaraku, kami berharap anda segara sembuh dan kembali bersama kami,” kata Solkaytr dalam satu catatan Instagram baru-baru ini.

https://www.instagram.com/p/CKhROnPHFXh/?igshid=1njuhee9b05ca

Dalam kejohanan Final PMGC Musim Zero yang lalu, Futbolist yang pernah menjuarai Liga PUBG Mobile Dunia Musim Zero (Barat) pada Ogos tahun lalu, hanya mampu berada di ranking ke-12 secara keseluruhan.

Pasukan itu bagaimana pun berjaya mengutip satu Chicken Dinner pada pembukaan hari ketiga perlawanan. Dalam pusingan itu, Lovazin muncul sebagai pemain terbaik, dengan kutipan lima mata bunuh.

Selain Lovazin dan Solkaytr, pasukan PUBG Mobile Turki itu juga terdiri daripada Hasan Huseyin Oruc (Raum) dan Mehmet Ali Inan (Lutz).

Pada 20 Januari lalu iaitu sehari sebelum kejohanan Final PMGC Musim Zero bermula, pihak penganjur, PUBG Mobile Esports menyatakan terdapat tiga pemain yang sah positif COVID-19.

BACA: Zuxxy, Luxxy positif COVID-19, 15 Jan lalu

Berikutan situasi itu, ia memaksa kesemua pemain yang bertanding perlu menjalani kuarantin secara berasingan dan menyebabkan lokasi kejohanan yang sepatutnya berlangsung di Coca Cola Arena, Dubai, ditukarkan kepada bilik hotel masing-masing.

Pada malam tadi, jaguh e-sukan dari Indonesia, Bigetron Esports mengeluarkan satu kenyataan media yang menyatakan dua pemainnya dari skuad Bigetron Red Aliens, Made Bagas Pramudita (Zuxxy) dan Made Bagus Prabaswara (Luxxy) didapati positif COVID-19 setelah tiba di Dubai, UAE pada 15 Jan lalu.

Menurut Bigetron Esports, kembar itu telah kembali sembuh dan didapati negatif Covid-19 pada 19 dan 20 Jan lalu.

Bagaimanapun, duo tersebut masih di Dubai bagi menjalani kurantin selama 14 hari dan dijangka pulang ke Indonesia pada 31 Januari.

Final PMGC Musim Zero bermula dari 21 Januari dan berlanjutan ke 27 Januari, menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM4.8 juta (AS$1.2 juta).

Kejohanan itu menyaksikan gergasi China, NOVA XQF muncul sebagai juara.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved