Connect with us

PUBG Mobile

PMGC: Lokasi game bukan lagi di Coca Cola Arena, 3 pemain positif COVID-19

Published

on

Foto: Facebook / Coca Cola Arena

TIGA pemain profesional PUBG Mobile yang menyertai Kejohanan Global (PMGC) 2020 sah didapati positif COVID-19.

Menurut PUBG Mobile Esports, ketiga-tiga pemain tersebut kini sedang menjalani kuarantin, termasuk mereka yang mempunyai kontak rapat.

“Susulan saringan ujian COVID-19 yang dilakukan menjelang Final PMGC, tiga pemain telah didapati positif COVID-19.

“Mereka kini masih dalam keadaan sihat dan tidak menunjukkan sebarang gejala.

“Pihak kami sedang menyediakan segala bantuan dan sokongan yang diperlukan termasuk keperluan perubatan dari segi fasiliti kesihatan. Kami juga akan memastikan setiap pemain kembali pulih sepenuhnya,”kata PUBG Mobile Esports dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, pihak penganjur juga mengumumkan lokasi kejohanan tidak akan berlangsung di Coca Cola Arena, Dubai berikutan insiden ini dan setiap pemain perlu menjalani kuarantin.

“Pihak PUBG Mobile Esports telah membuat keputusan berdasarkan pelan kontigensi kami.

“Setiap pemain akan bersaing secara berasingan dengan jaringan internet tersendiri dan bukannya berkumpul di lokasi kejohanan sebelum ini.

“Hal ini adalah bagi memastikan kesihatan dan keselamatan pemain menjadi keutamaan kami,”katanya.

Difahamkan setiap pemain PMGC kini sedang menginap di salah sebuah hotel di Bandar Al Habtoor, Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

PUBG Mobile Esports juga berkata pihaknya akan meneruskan kejohanan tersebut seperti yang dijadualkan bagi memastikan setiap pasukan boleh bersaing dalam keadaan yang selamat dan adil.

Jelasnya, setiap pemain kini menjalani kuarantin sebagai langkah berjaga-jaga dan akan bermain secara berasingan bermula esok.

Final PMGC yang menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM4.8 juta (AS$1.2 juta) dijangka akan bermula esok jam 7 petang.

Ia melibatkan persaingan 16 pasukan PUBG Mobile terbaik dunia merebut gelaran juara.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved