Connect with us

PUBG Mobile

Khabar angin sebar lebih laju daripada COVID-19 sendiri- ASLxNova

Published

on

Foto: PUBG Mobile

PASUKAN PUBG Mobile profesional dari Nepal yang menyertai Kejohanan Global (PMGC) 2020 Abrupt Slayers (ASL) menafikan pemain-pemain mereka positif COVID-19.

Dalam suatu posting melalui Instagram Story pada malam tadi, pihak ASL memuat naik status demikian berikutan menjawab desas-desus yang mengatakan bahawa pemain mereka disahkan positif COVID-19.

Menurut pihak ASL, semua pemain-pemainnya sihat sejahtera dan pasukan mereka kini bersedia untuk Grand Final PMGC yang akan berlangsung esok.

Foto: Instagram/ Abrupt Slayers

Pasukan ASL terdiri daripada Sujan Banjara (King), Prajwall Deep Thulung (Heaven), Tarun Rauniyar (Chaarii), Binay Shrestha (Joker), Nischal Khadka (NovaX), dan Saurav Aacharya (Daleon).

Ketika dihubungi WTM Today, fragger utama ASL, Nischal Khadka (Joker) berkongsi bahawa pasukannya telah disahkan negatif bagi kedua-dua ujian COVID-19 yang dilakukan sebelum ini.

Menurut Joker, pasukan mereka turut patuh terhadap arahan pihak penganjur untuk mengambil ujian Swab Test harian.

Sebelum ini, pihak PUBG Mobile Esports mengumumkan bahawa tiga pemain profesional PUBG Mobile yang menyertai PMGC 2020 disahkan positif COVID-19.

Menurut PUBG Mobile Esports, ketiga-tiga pemain tersebut kini sedang menjalani kuarantin, termasuk mereka yang mempunyai kontak rapat.

Pihak penganjur juga mengumumkan lokasi kejohanan tidak akan berlangsung di Coca Cola Arena, Dubai berikutan insiden ini dan setiap pemain perlu menjalani kuarantin.

BACA:PMGC: Lokasi game bukan lagi di Coca Cola Arena, 3 pemain positif COVID-19

Kejohanan PMGC akan bermula pada jam 7 petang esok dan bakal menawarkan hadiah wang tunai terkumpul kira-kira RM8.18 juta (AS$2 juta).

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved