Connect with us

PUBG Mobile

PMGC: Pemain Malaysia sihat, tidak dijangkiti COVID-19

Published

on

Foto: WTM Today / MARIAH AHMAD

PEMAIN-PEMAIN profesional PUBG Mobile Malaysia dari Team Secret dilaporkan berada dalam keadaan sihat, kata pengurus Parthiban Petchayappen (OTG).

OTG berkata setiap pemain termasuk dirinya berada di bilik hotel masing-masing bagi menjalani tempoh kuarantin yang ditetapkan.

“Pemain-pemain Team Secret MY dan Secret Jin (Thailand) berada dalam keadaan sihat dan kami mematuhi setiap SOP yang diberikan,” kata OTG ringkas ketika dihubungi WTM Today pada malam semalam.

Selain OTG, skuad Team Secret MY terdiri daripada Dhiya Ulhaq Mohd Arasz (uHigh), Asyam Allam (Rex), Raymond Tan (iShotz), Aekachai Areesanan (Madtoi) dan jurulatih Muhammad Farhan Abdul Gaffar.

OTG berkata demikian sebagai reaksi situasi terkini Kejohanan Global PMGC (2020) apabila tiga pemain kejohanan itu dilaporkan positif Covid-19.

Menurut penganjur PUBG Mobile Esports, ketiga-tiga pemain tersebut kini sedang menjalani kuarantin, termasuk mereka yang mempunyai kontak rapat.

PUBG Mobile Esports juga mengumumkan lokasi kejohanan tidak akan berlangsung di Coca Cola Arena, Dubai berikutan insiden ini dan setiap pemain perlu menjalani kuarantin.

“Setiap pemain akan bersaing secara berasingan dengan jaringan internet tersendiri dan bukannya berkumpul di lokasi kejohanan sebelum ini.

“Hal ini adalah bagi memastikan kesihatan dan keselamatan pemain menjadi keutamaan kami,”katanya.

Difahamkan setiap pemain PMGC kini sedang menginap di salah sebuah hotel di Bandar Al Habtoor, Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

PUBG Mobile Esports juga berkata pihaknya akan meneruskan kejohanan tersebut seperti yang dijadualkan bagi memastikan setiap pasukan boleh bersaing dalam keadaan yang selamat dan adil.

Final PMGC yang menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM4.8 juta (AS$1.2 juta) dijangka akan bermula esok jam 7 petang.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved