Connect with us

PUBG Mobile

Isi hati seorang Paraboy

Published

on

Foto: YouTube / PUBG Mobile

HANYA berusia 19 tahun, pemain profesional PUBG Mobile Nova XQF, Zhu Bocheng (Paraboy) sudah dianggap sebagai antara yang terhebat di dunia.

Meskipun sudah menjulang beberapa piala kejohanan besar seperti PeaceKeeper Elite Championship dan PeaceKeeper Elite Global Invitation, Paraboy jelas belum puas dengan kejayaan yang dikecapi dan bakal menjadi pencabar utama dalam kejohanan PUBG Mobile Global Championship (PMGC) 2020, pada 21 Januari nanti.

Dalam dokumentari ringkas yang berjudul Between The BattleGrounds, Paraboy sempat berkongsi beberapa halangan dan percaturan langkah yang diambil olehnya untuk sampai ke saat ini.

Antara cabaran yang dikongsikan termasuklah tekanan mengekalkan prestasi negara dalam kejohanan global.

Menurut Paraboy, pasukannya mempunyai tekanan yang besar untuk membawa pulang kejuaraan untuk China ke China atas sebab perlu mengekalkan prestasi negara itu yang sentiasa cemerlang dalam kejohanan global.

Sebelum ini, pasukan-pasukan terhebat China Top Esports, X-Quest F (kini Nova XQF) dan Elite Gaming mengejut dunia PUBG Mobile apabila menyapu bersih tempat pertama hingga ketiga dalam PMCO Musim Bunga 2019.

Sejak itu, pasukan-pasukan negara China sering digeruni dalam mana-mana kejohanan PUBG Mobile antarabangsa.

1. Sokongan dan dorongan dari ibu bapa

Dalam dokumentari tersebut, ia turut memaparkan bagaimana sokongan seorang ibu menjadi kepenting dalam kejayaan seseorang pemain e-sukan.

Ayah Paraboy, Zhu Yunli mendedahkan bahawa isterinya, Xu Jing, memainkan peranan penting dalam kejayaan Paraboy sebagai pemain profesional.

“Dia (Xu Jing) banyak memberikan galakkan terhadap Paraboy untuk meneruskan kerjaya ini secara profesional.

“Dia juga memainkan peranan dalam memilih organisasi dan pasukan yang sesuai untuk Paraboy serta membantu dalam pengurusan pemain,” jelas Zhu.

Dari kiri ; Ibu (Xu Ying) dan ayah (Zhu Yunli) kepada Paraboy
Foto: PUBG Mobile Esports

Menurut Xu Ying, iaitu ibu kepada pemain terbaik kejohanan PEC tersebut, sokongan dan dorongan tersebut diperlukan Paraboy kerana pada ketika itu pemain itu masih muda dan tidak memahami apa-apa.

Namun setelah menyertai pasukan secara rasmi, barulah jurulatih mampu ambil alih untuk mengurus dan memulakan latihan rasmi yang sekaligus meningkatkan prestasi Paraboy.

“Ia agak tertekan tapi masih okay. Paraboy telah bermain secara profesional selama kira-kira dua atau tiga tahun. Kami tidak akan ketinggalan dalam menonton setiap perlawanannya,” kata Xu Ying dalam dokumentari itu.

Sementara itu, Paraboy berkata kedua ibu bapanya selalu menonton perlawanannya di atas talian dan sering ke lokasi kejohanan untuk memberi sokongan.

2. Pengorbanan masa dan tenaga

Terpisah sejauh kira-kira 1,700 kilometer, Paraboy terpaksa meninggalkan pangkuan ibu dan ayah tersayang di Liaoning, China untuk meneruskan kerjaya sebagai seorang pemain profesional.

Jelas Paraboy, pengalaman ini memberikannya pengajaran untuk menjadi lebih berdikari dan memberikannya kekuatan kendiri.

“Walaupun tempat penginapan Nova XQF tidak seperti di rumah sendiri, tapi ia beri saya satu kebebasan.

“Kadang kala, saya juga merindui masakan daging goreng cili ibu saya,” katanya dalam video itu.

Rumah pemain Nova XQF yang terletak di Xi’an China/ Foto: PUBG Mobile Esports

3. Kepentingan mengekalkan hubungan erat sesama rakan sepasukan

PUBG Mobile merupakan permainan video yang melibatkan empat orang pemain dalam satu pasukan.

Selain skil individu, ternyata keserasian antara pemain memang penting dalam membentuk satu kejayaan.

“Kami merupakan kawan rapat dan barisan pemain kami tidak berubah sama sekali selama dua tahun kami bermain.

“Kami tidak akan bermain dengan baik sekiranya salah satu daripada kami tidak berada bersama.

“Kehadiran setiap individu mempunyai impak yang besar buat pasukan kami,” jelas rakan sepasukan Paraboy, Zang Zehai (Order) dan Xu Yinjun (Jimmy).

Ahli pemain Nova XQF; Jimmy, Cat, King, Order dan Paraboy/ Foto: PUBG Mobile Esports

Paraboy dan Nova XQF akan bertanding dalam kejohanan PUBG Mobile Global Championship (PMGC) pada 21 Januari di Coca Cola Arena, Dubai, UAE.

Anda boleh saksikan siaran langsung sama ada di laman Youtube, Facebook Gaming mahupun TwitchTV.

PMGC 2020 menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM4.8 juta (AS$1.2 juta).

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved