Connect with us

PUBG Mobile

PMGC: Pemain POWER888 terlantar di bilik, terkena jangkitan udara

Published

on

Foto: Facebook / POWER 888

DUA hari sahaja lagi menjelang Grand Final Kejohanan Global PUBG Mobile (PMGC) 2020 membuka tirai, malang tidak berbau bagi salah seorang pemain pasukan Thailand, POWER 888, Kritsada Penglek (2Stopz) kerana jatuh sakit akibat jangkitan udara sehingga ke bahagian kerongkong.

Menurut pihak POWER 888, pemain itu kini sedang menerima rawatan dan pantauan dari doktor di bilik hotel pemain yang diaturkan pihak penganjur, VSPN.

“Mari kita mendoakan agar (2Stopz) sembuh dari sakit yang berpunca dari jangkitan udara sehingga ke bahagian kerongkong.

“Terima kasih VSPN kerana membantu kami mendapatkan rawatan dan menghantar doktor untuk menjaga kami di dalam bilik,” kata POWER 888 dalam satu kenyataan pada petang tadi.

Pasukan itu kini berada di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) untuk menyertai Grand Final PMGC yang akan berlangsung di Coca Cola Arena pada 21-24 Januari nanti.

POWER 888 merupakan salah satu pasukan Thailand yang menyertai PMGC 2020 selain RRQ Athena dan Secret Jin.

Dalam Liga Profesional PUBG Mobile Thailand Musim Kedua 2020 yang lalu, POWER 888 muncul sebagai juara dalam kejohanan itu.

Pada peringkat liga PMGC 2020, berada di ranking ke-9 dari 24 pasukan yang bertanding.

Selain 2Stopz, pasukan itu terdiri daripada Thaphat kamphusan (Korpaii), Atsawayut Aueafueaphan (Ices), Thanawat Suksangphanomrung (TT) dan Arsin Songcharoen (Gewwy).

Sementara itu, WTM Today juga mendapatkan kepastian mengenai keadaan terkini skuad Malaysia, Team Secret MY.

Menurut pengurus, Partibhan Petchayappen (OnTheGo), setiap pemain Team Secret MY berada dalam keadaan sihat sejahtera ketika ini.

“We all good (Kami semua baik),” ujar OTG secara ringkas kepada WTM Today. ⁣⁣

PMGC 2020 yang menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM4.8 juta (AS$1.2 juta) boleh ditonton secara langsung di Facebook, Twitch dan YouTube PUBG Mobile bermula jam 7 petang waktu Malaysia.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved