Connect with us

PUBG Mobile

Beg travel Team Secret MY ke Dubai lebih HK$11,470

Published

on

Foto: WTM Today

BUKAN satu perkara yang asing jika bekerja sebagai pemain profesonal e-sukan di sebuah organisasi antarabangsa, anda juga akan mendapat tajaan lumayaan dalam pelbagai bentuk.

Pihak Team Secret baru-baru ini berkongsikan kepada WTM Today mengenai butiran beg premium tajaan jenama antarabangsa terkemuka, Tumi, yang digunakan skuad PUBG Mobile Malaysia ke Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

LIHAT FOTO GALERI: Sekitar KLIA bersama Team Secret MY

Nilai beg premium tersebut termasuk bag sandang, beg bagasi dan aksesori bernilai kira-kira HK$11,470 atau RM5,970.

Berikut adalah beg Tumi yang diberikan kepada pemain-pemain Team Secret MY:

  • 19 Degree Polycarbonate Short Trip Extendable Packing Case – Navy (HK$ 5,990.00)
Foto: www.tumi-hk.com
  • TUMI Tahoe Finch Backpack – Black/Transulcent (HK$3,990.00)
Foto: www.tumi-hk.com
  • Alpha Bravo Reno Kit – HK$1,490.00
Foto: www.tumi-hk.com

Skuad Team Secret MY kini berada di Dubai, UAE, sejak 15 Januari lalu sebagai persiapan menjelang Grand Final Kejohanan Global PUBG Mobile 2020.

Team Secret MY terdiri daripada Dhiya Ulhaq Mohd Arasz (uHigh), Asyam Allam (Rex), Raymond Tan (iShotz) dan Aekachai Areesanan (Madtoi).

Pasukan itu juga menerima khidmat jurulatih daripada Muhammad Farhan Abdul Gaffar (Jangs) dan diurus Partibhan Petchayappen (OnTheGo).

Team Secret MY merupakan antara 16 pasukan PUBG Mobile terbaik dunia yang akan bersaing dalam merebut gelaran juara dalam Final PMGC 2020.

Kejohanan yang menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM4.8 juta (AS$1.2 juta) itu bakal berlangsung di Coca Cola Arena, Dubai bermula 21 Januari sehingga 24 Januari nanti.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved