Connect with us

PUBG Mobile

OnePlus8T lebih baik untuk PUBGM berbanding iPhone -Rex

Published

on

FRAGGER utama pasukan profesional PUBG Mobile Malaysa, Asyam Allam (Rex) berpendapat peranti rasmi kejohanan PUBG Mobile Global Championship (PMGC) 2020, OnePlus8T adalah lebih baik berbanding telefon pintar yang digunakannya sebelum ini, iaitu model iPhone untuk bermain PUBG Mobile secara kompetitif.

Dalam satu siaran langsung ringkas melalui laman Facebook Gaming Secret Rex baru-baru ini, pemain profesional yang berumur 22 tahun itu berkongsikan pengalamannya menggunakan peranti One Plus8T yang diberi oleh penganjur kejohanan.

“OnePlus memang sangat seronok.

“Bagi saya, telefon pintar OnePlus lebih baik dari iPhone.”

“Cuma, penggunaan bantuan bidikan (Aim Assist) dan giroskop amat berbeza dari fon lama yang saya gunakan” jelas Rex.

Rex dan Madtoi bersiaran langsung di Dubai, UAE
Foto: Secret Rex/ Facebook

Tetapan bantuan bidikan memudahkan seseorang pemain untuk menembak sebuah sasaran dengan tepat jika ia diaktifkan.

Penggunaan giroskop dalam permainan PUBG Mobile juga boleh membantu pemain mengawal pergerakan melintang di skrin secara manual tanpa menggunakan jari.

Pemain support dan IGL Team Secret MY, Aekachai Areesanan (Madtoi) yang turut bersama Rex dalam penstriman langsung itu menyifatkan pengunaan bantuan bidikan bagi peranti Android khususnya OnePlus 8T, amat berbeza berbanding fon yang digunakan.

“Penggunaan bantuan bidikan Android seolah-olah melakukan tipu muslihat kerana disebabkan ia amat tepat” kata Madtoi sambil ketawa dalam video itu.

Dalam siaran langsung yang sama, Rex turut menunjukkan cara permainan Madtoi yang sedang menyesuaikan diri dengan peranti baharu itu dalam mod Domination.

Pemain yang berasal dari Thailand itu turut dilihat mengubah kawalan sensitiviti giroskop di mod Training Grounds mengikut kesesuian.

Permainan mod “Dominasi” oleh Madtoi dengan tetapannya di peranti OnePlus8T Foto: Secret Rex/ Facebook

Sebelum ini, wakil Tencent telah mengesahkan bahawa telefon pintar OnePlus 8T akan menjadi peranti rasmi bagi kejohanan akhir PMGC nanti.

Para pemain akan menggunakan peranti tersebut dalam kejohanan offline di Coca Cola Arena, Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) nanti.

BACA: One Plus 8T jadi device rasmi PMGC?

Setiap pemain harus menyesuaikan diri dengan peranti itu untuk memberikan mereka kelebihan dalam peringkat akhir nanti.

Madtoi dan Rex yang mewakili Team Secret MY merupakan pasukan tunggal negara dalam kejohanan PUBG Mobile Global Championship (PMGC) yang akan diadakan pada 21 Januari nanti.

Kejohanan PMGC 2020 akan berlangsung secara di arena Coca Cola Dubai pada 21 Januari nanti dan akan menawarkan hadiah wang tunai terkumpul kira-kira RM8.18 juta (AS$2 juta).

Selain dua pemain itu, Team Secret MY turut disertai Dhiya Ulhaq Mohd Arasz (uHigh) dan Raymond Tan (iShotz).

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved