Connect with us

PUBG Mobile

One Plus 8T jadi device rasmi PMGC?

Published

on

MODEL telefon pintar OnePlus 8T dilihat bakal menjadi ‘senjata utama’ bagi pemain-pemain yang akan bertanding dalam kejohanan PUBG Mobile Global Championship (PMGC) 2020 pada 21 Januari nanti.

Dalam satu posting dari pemain pasukan Zeus Esports, Bilguun Baatarkhuu, dia berkongsikan foto bungkusan peranti One Plus 8T yang dijangka akan digunakan dalam pentas antarabangsa PMGC 2020 nanti.⁣ Zeus Esports merupakan antara pasukan yang telah tiba di Dubai, UAE sejak minggu lalu.

Foto: Instagram/ Zeus_Godless

One Plus 8T membenarkan penggunakan tetapan frame rate sehingga 90fps dalam PUBG Mobile dan dikuasasi cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon™️ 865 dengan paparan Fluid 120 Hz.

Bagi meningkatkan kualiti permainan, OnePlus 8T turut mempunyai ciri-ciri khas seperti mod Fnatic, Mis-Touch Prevention dan perakam skrin.

Ciri khas seperti Fnatic Mode, yang direka cipta oleh OnePlus dan organisasi e-sukan Fnatic akan menyekat notifikasi bagi meningkatkan kualiti dalam permainan.

Foto: Instagram/ Zeus_Zyol

Pada peringkat liga PMGC 2020 yang lalu, pemain-pemain bebas menggunakan jenama telefon pintar untuk bertanding.

Sebelum ini, pengulas popular e-sukan tanah air, Azrul Anwar (JHunter) turut memberikan komen terhadap kesan peranti baharu terhadap prestasi pemain profesional.

“Sesebuah peranti jelas mempengaruhi prestasi pemain dan kadar kemenangannya.

“Sekiranya pemain itu sudah selesa dengan peranti iPhone, maka dia akan mempunyai kelebihan untuk menang sekiranya dia bertarung menggunakan peranti tersebut,” kata JHunter dalam siaran langsungnya di Facebook Gaming baru-baru ini.

Dalam Kejohanan PUBG Mobile Club Open (PMCO) Musim Luruh 2019 yang diadakan sebelum ini telah menerima jenama Vivo sebagai penaja utama dan mewajibkan pemain-pemain kejohanan untuk menggunakan peranti itu dalam perlawanan.

Kejohanan PMGC 2020 akan berlangsung secara di arena Coca Cola Dubai pada 21 Januari nanti dan akan menawarkan hadiah wang tunai terkumpul kira-kira RM8.18 juta (AS$2 juta)

Wakil Malaysia Team Secret dijangka akan berlepas ke Dubai esok.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

WTM Media Sdn. Bhd. Company No: 202501057013 (1658419-U) All Rights Reserved