Connect with us

PUBG Mobile

Carrilho ke Dubai bersama Alpha 7 atau tidak?

Published

on

STATUS pemain profesional PUBG Mobile dari Brazil, Lucas Miguel (Carrilho) untuk ke Grand Final PUBG Mobile Global Championship (PMGC) 2020 menjadi tanda tanya apabila dia tidak tersenarai dalam pengumuman barisan utama Alpha 7 baru-baru ini.

Dalam satu pengumuman video yang dimuat naik beberapa hari lalu, Alpha 7 hanya menyatakan empat pemain sahaja yang akan menyertai barisan utama ke Grand Final PMGC 2020 iaitu:

  • Enzo Nakamura (Law) – Kapten
  • Caio Henrique (Swaguin)
  • Alessandro Augusto (Senab)
  • Daniel Henrique vaz (Mafioso)

Pada 8 Januari lalu, Alpha 7 mengumumkan Carrilho menyertai pasukan itu menjelang persiapan Grand Final PMGC 2020.

Kejohanan itu bakal bermula 21 Januari nanti dan akan berlangsung di Coca Cola Arena, Dubai.

Carrilho sebelum ini merupakan sebahagian daripada pasukan Loops Esports.

Tiga bekas rakan sepasukannya iaitu Kauan Goncalves (Federal), Bryan Lima (Gxlden) dan Caio Rodrigues Caldatto (Caiowski) menerima hukuman berat dari PUBG Mobile Esports kerana melakukan beberapa tindakan yang melanggar peraturan kejohanan.

BACA: Kesetiaan ‘dibalas’ ban, Federal, Gxlden, Caiowski dilarang sertai tour

Sementara itu, wakil Tencent menyatakan bahawa Carrilho boleh bermain sekiranya Alpha 7 meletakkanya dalam barisan utama pasukan.

“Carrilho kini merupakan pemain simpanan Alpha 7 jadi dia boleh bermain sekiranya pasukan itu membuat keputusan untuk menukarkannya ke barisan utama dalam perlawanan.

“Dia tidak dilarang untuk bermain, hanya Fedral, Gxlden dan Caiowski,” kata wakil Tencent tersebut ketika dihubungi WTM Today semalam.

Sebelum meninggalkan Loops Esports, Carrilho telah meraih beberapa pencapaian terbaik bersama Loops Esports, antaranya:

  • Juara Grand Final Liga Profesinal PUBG Mobile (PMPL) Amerika Musim Luruh 2020
  • Naib juara Liga Dunia PUBG Mobile (PMWL) Barat 2020
  • Juara PMPL Amerika Musim Bunga 2020

Pada peringkat PMWL Barat 2020, Carrilho pernah menerima Anugerah Pemain Terbaik (MVP) sebanyak dua kali.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved