Connect with us

PUBG Mobile

Kesetiaan ‘dibalas’ ban, Federal, Gxlden, Caiowski dilarang sertai tour

Published

on

PIHAK PUBG Mobile Esports telah membuat keputusan untuk melarang tiga bekas pemain profesional Loops Esports dari menyertai kejohanan rasmi.

Menurut PUBG Mobile Esports, tiga pemain Brazil itu iaitu Kauan Goncalves (Federal), Bryan Lima (Gxlden) dan Caio Rodrigues Caldatto (Caiowski) dilarang untuk mengambil bahagian dalam mana-mana kejohanan rasmi PUBG Mobile sehingga 10 Julai 2021.

Dalam satu kenyataan rasmi pada malam tadi, pihak penganjur memaklumkan bahawa keputusan tersebut adalah berdasarkan beberapa insiden sepanjang tahun 2020 yang dilakukan pemain-pemain itu sehingga tidak menunjukkan semangat kesukanan dalam kejohanan.

Jelasnya, tindakan pemain-pemain itu bertentangan dengan prinsip PUBG Mobile Esports dalam membina ekosistem kompetitif yang adil dan saksama untuk pemain-pemain, organisasi dan penaja.

Pemain-pemain itu telah melanggar peraturan 6.1.2 kejohanan PUBG Mobile Esports, yang memberi penekanan mengenai Integriti Kompetitif.

Peraturan itu menyebut : “Semua pemain perlu memberikan yang terbaik dari segi kemahiran dan abiliti setiap masa.”

PMWL: Loops E-sports dikenakan penalti selepas isu ‘team up’

Sebelum ini, ketiga-tiga pemain itu yang bermain untuk pasukan Loops Esports pernah dikenakan penalti kerana isu “teamup” dalam kejohanan PUBG Mobile World League (PMWL) Barat Musim Zero pada Ogos tahun lalu.

Dalam insiden itu, Loops Esports didakwa sengaja mengelak melakukan sebarang serangan ketika bertembung dengan pihak lawan.

https://www.instagram.com/p/CDVnwRKjmF_/

Namun demikian, tiada keputusan drastik yang dikenakan terhadap pasukan Loops Esports pada ketika itu.

Sebaliknya, pihak penganjur hanya memutuskan untuk menggugurkan kesemua mata yang dikumpul oleh pasukan Loops pada hari tersebut.

Dalam kejohanan PMWL Barat Musim Zero itu, Loops menduduki tempat kedua pada Grand Final.

BACA: PMGC: Loops Esports langgar peraturan, A1 Esports ke final

Pada Disember lalu, pasukan Loops Esports disingkirkan daripada bermain dalam kejohanan PMGC 2020 kerana tidak menunjukkan semangat kesukanan pada pusingan keempat dan kelima minggu terakhir Super Weekend.

Dalam perlawanan Super Weekend itu, 4 tiga pemain Loops Esports dilihat tidak melakukan sebarang tindakan sehingga dibunuh pemain Thailand dari RRQ Athena, G9 di Erangel.

https://www.instagram.com/p/CJBk34ZpGFi/

Tindakan tiga pemain itu dilihat seperti sedang melakukan ‘protes’ dan tidak mahu bertarung pada minggu terakhir liga kejuaraan dunia itu.

Selain hilang mata kelayakan, Loops Esports juga digugurkan dari ranking PMGC 2020 yang seterusnya tersingkir dari kejohanan dunia itu.

Penyingkiran itu membuka peluang baru kepada pasukan Bangladesh, A1 Esports yang berada di ranking ke-17 untuk mara ke Grand Final apabila kedudukannya naik satu anak tangga.

Loops Esports berada di ranking ketujuh liga sebelum kesemua mata ditarik balik dari pihak penganjur.

Susulan insiden itu, Caiwoski dan Federal kini menyertai pasukan profesional Amerika Selatan, Influence Rage Esports (INF) dan memegang prinsip kesetiaan sebagai tonggak utama untuk kembali dalam arena kompetitif PUBG Mobile kelak.

Menerusi babak treler INF, ketiga-tiga pemain profesional tersebut melakonkan aksi yang menyerupai ‘protes’ bagi bekas rakan sepasukan mereka, Michael Barboza (Dadin) yang dikatakan dibuang daripada pasukan Loops Esports.

https://www.instagram.com/p/CJ17JuqhKKO/

Berikutan keputusan pihak Tencent, pihak Influence Rage Esports turut mengeluarkan kenyataan bagi menjelaskan bahawa ketiga-tiga pemainnya masih boleh menyertai kejohanan-kejohanan tidak rasmi dan perlawanan persahabatan (scrim).

Meskipun tidak dapat menyertai kejohanan rasmi sehingga Jun 2021, pasukan Infuence Rage dari Brazil ini besar kemungkinan akan kembali dalam arena kompetitif bagi kejohanan musim kedua yang dijangka akan bermula pada penggal kedua tahun 2021.

Ikan hiu dipotong-potong, minat analisis tapi bo' ong. Analyst, writer, PUBGM enthusiast. Instagram: @detectivedubu

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved