Connect with us

PUBG Mobile

PMCO: Vikendi tidak akan dimainkan

Published

on

SAH. No healing game anymore.

Pihak PUBG Mobile Malaysia dan Singapura (MYSG) mengumumkan peta salji Vikendi tidak akan dipertandingkan dalam Kejohanan PUBG Mobile Club Open (PMC0) Musim Luruh 2021 akan datang.

Dalam satu pengumuman pada petang tadi, pihak PUBG Mobile MYSG menyatakan hanya tiga peta sahaja akan dimainkan dalam PMCO MYSG 2021 akan datang iaitu Erangel, Sanhok dan Miramar.⁣

Pihak penganjur dan Tencent bagaimanapun tidak mengulas lanjut mengapa peta Vikendi ditarik dari dipertandingkan dalam kejohanan kompetitif itu.⁣

PMCO MYSG Musim Luruh 2021 menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM117,000 (AS$29,000).

Ia bakal melibatkan persaingan pasukan profesional dan semi-profesional PUBG Mobile dari seluruh negara Malaysia dan Singapura.

Beberapa pasukan teratas final PMCO MYSG Luruh 2021 akan dipilih untuk menyertai Liga Profesional MYSG Musim Ketiga 2021.

Pendaftaran kejohanan itu masih dibuka sehingga 24 Januari nanti.⁣

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved