Connect with us

PUBG Mobile

Pasukan terbaik yang pernah saya main bersama – Man Parang

Published

on

KAPTEN Yoodo Gank, Aiman Mohd (Man Parang) meluahkan rasa penghargaan kepada tiga bekas rakan sepasukannya, Izzrudin Hashim (Jumper), Fuad Razali (Fredo) dan Azmal Jasni (iNaoki) atas penglibatan mereka sepanjang bersama pasukan itu.

Dalam satu catatan Insta Story pada petang Sabtu, Man Parang memuat naik satu gambar dari posting Yoodo Gank berserta kapsyen: “Pasukan terbaik yang pernah saya bermain bersama-sama.

“Ayuh 2021.”

Sebelum ini, Yoodo Gank mengumumkan ketiga-tiga pemain itu tidak lagi bersama pasukan itu.

“Jutaan terima kasih kepada iNaoki, Fredo dan Jumper untuk segala usaha diberikan ketika menjadi pemain Yoodo Gank.

“Semoga dipermudahkan segala urusan dan kejayaan di masa depan. Walaupun berpisah, anda tetap ahli #TheOneAndOnleh,” katanya dalam satu kenyataan pada tengah hari tadi.

Jumper dan Fredo menyertai Yoodo Gank pada Disember 2019.

RECAP: Perjalanan Team 2020, The One and Onleh Yoodo Gank dari 2019 sehingga PMWL Musim Zero

Duo itu membuat kemunculan pertama dalam arena kompetitif di kejohanan antarabangsa PeaceKeeeper Elite Championship (PEC) 2020 bersama Man Parang dan Azim Ikromi (Draxx).

Selepas meraih tempat ketujuh dalam kejohanan dunia itu, barisan pemain utama Yoodo Gank itu kemudiannya mendapat jolokan seperti ‘Team 2020’ dan ‘The One and Onleh dalam kalangan peminat.

Pada Mac 2020, Yoodo Gank meraih tempat kedua dalam Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia dan Singapura (PMPL MY/SG).

Walaupun gagal mendapatkan tiket automatik ke Liga Dunia PUBG Mobile (PMWL) Timur, kekalahan di peringkat kebangsaan itu menjadi pembakar semangat kepada pasukan itu di peringkat Asia Tenggara.

Pada Mei 2020, Yoodo Gank sebagai pasukan PUBG Mobile terbaik Asia Tenggara selepas rand Final Liga Profesional Asia Tenggara (SEA Final) Musim Pertama 2020.

Merentasi sempadan industri e-sukan, dengan kejayaan tersebut, pasukan The One and Onleh itu turut mendapat pengiktirafan daripada Malaysian Book of Records dan penghargaan dari Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Pada Ogos 2020, iNaoki menyertai Yoodo Gank sebagai stand-in bagi PMPL MY/SG Musim Kedua.

Pasukan itu masih meraih tempat kedua di peringkat liga profesional itu namun tetap mendapat slot untuk bertanding di SEA Final Musim Kedua 2020.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved