Connect with us

PUBG Mobile

Fredo, Jumper, iNaoki keluar Yoodo Gank

Published

on

TIGA pemain utama bagi pasukan profesional PUBG Mobile tempatan, Izzrudin Hashim (Jumper), Fuad Razali (Fredo) dan Azmal Jasni (iNaoki) sah meninggalkan pasukan Yoodo Gank secara rasmi mulai hari ini.

Dalam satu pengumuman melalui laman Facebook rasmi Yoodo Esports, Yoodo Gank mengumumkan pihaknya telah melepaskan tiga pemainnya daripada barisan utama skuad PUBG Mobile yang sebelum ini terkenal dengan gelaran “Yoodo 2020″ dan ” The One and Onleh”.

Dalam kenyataan tersebut, pihak Yoodo juga merakamkan penghargaan kepada ketiga-tiga pemain profesional tersebut yang pernah mewakili negara ke peringkat antarabangsa dan mengharumkan nama negara.

Foto: Facebook/ Yoodo Esports

Yoodo 2020 sebelum ini melakukan debut di kejohanan PeaceKeeeper Elite Championship (PEC) 2020 dan berjaya meraih tempat ketujuh dalam kejohanan besar pertama yang disertai.

BACA: ‘Team2020’ Yoodo Gank punyai potensi besar, raih Top 7 Peacekeeper Elite Championship

Semenjak itu, pasukan Yoodo Gank 2020 berjaya menempatkan diri di antara pasukan-pasukan PUBG Mobile terbaik di dunia.

Antara pencapaian pasukan Yoodo Gank 2020 yang dibarisi termasuklah:

  • Tempat kedua PMPL MYSG Musim Bunga
  • Johan PMPL Asia Tenggara: Musim Bunga
  • Tempat ke-16 Liga Dunia PUBG Mobile (PMWL) Timur
  • Tempat kedua PMPL MYSG Musim Luruh
  • Tempat ke-9 PMPL Asia Tenggara: Musim Luruh

Pengumuman rasmi daripada pasukan Yoodo Gank turut menimbulkan beberapa persoalan dalam arena kompetitif PUBG Mobile negara terutamanya bagi kejohanan Liga Profesional PUBG Mobile (PMPL) Malaysia Singapura yang akan datang.

Antaranya termasuklah siapakah barisan pemain utama yang akan mewakili pasukan Yoodo Gank bagi musim yang akan datang.

Yoodo Gank sebelum ini telah mendedahkan barisan pemain mereka untuk kejohanan Malaysia Esports Championship (MEC) 2020 yang akan diadakan pada 5 Januari lalu.

BACA: Yoodo Gank dedah lineup untuk 2021?

Sementara itu, kapten Yoodo Gank Aiman Amirul (Manparang) dalam satu penstriman lansungnya sebelum ini pernah berkongsikan barisan utama baharu akan diumumkan selepas kejohanan PUBG Mobile Global Championship tamat.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved