Connect with us

PUBG Mobile

Yoodo Gank dedah lineup untuk 2021?

Published

on

JUARA musim pertama Liga Profesional PUBG Mobile Asia Tenggara (PMPL SEA), Yoodo Gank dilihat bakal memaparkan barisan pemain baharu dalam kejohanan Malaysia Esports Championship (MEC) 2020 yang akan diadakan pada 5 Januari nanti.

Berdasarkan maklumat di laman rasmi kejohanan itu, berikut merupakan senarai pemain yang didaftarkan dalam pasukan Yoodo Gank :

  • Aiman Amirul (Manparang)- Ketua Pasukan/ IGL
  • Azim Ikromi (Draxx) – Sniper / Carry Fragger
  • Lokman Hakim Abdul Saddar (Bravo) – Rusher
  • Fairul Iskandar Putra (Putra)- Rusher / Carry Fragger
  • AgusAlim Amran (Hahagus)- Jurulatih
Senarai pemain utama Yoodo Gank yang akan beraksi dalam MEC nanti.

Yoodo Gank dilihat mengekalkan dua pemain utama sedia ada, Aiman Amirul (Manparang) dan Azim Ikromi (Draxx) yang telah berkhidmat bagi pasukan itu sejak tahun 2019.

Turut tersenarai dalam bahagian maklumat pemain pasukan Yoodo Gank merupakan Fairul Iskandar Putra (Putra) dan Lokman Hakim (Bravo) yang merupakan pemain berpengalaman dan pernah bertanding dalam kejohanan profesional seperti liga PMPL MYSG.

Fairul Iskandar (Putra) merupakan bekas pemain pasukan Still Moving Under Gunfire (SMG) dan pernah tersenarai dalam kelompok lima pemain terbaik bagi peringkat akhir PMPL MYSG dalam carta terminator kejohanan.

https://www.instagram.com/tv/CEJjQk-Jx8R/

Putra bersama pasukan SMG juga pernah melayakkan diri untuk bertanding dalam musim kedua kejohanan Liga Profesional PUBG Mobile Asia Tenggara (PMPL SEA) dan menamatkan saingan di tempat ke-11 secara keseluruhan.

Satu lagi pemain yang berada dalam barisan pasukan Yoodo Gank bagi kejohanan MEC adalah Lokman Hakim Abdul Saddar (Bravo), bekas pemain Dingoz Esports yang dilepaskan pada 20 November yang lalu.

Selain Putra, Bravo turut mengejutkan ramai dengan penampilan cemerlang pada Grand Final PMPL MYSG musim kedua apabila berjaya menghuni tempat ketiga dalam carta terminator kejohanan kebangsaan pada bulan September lalu.

https://www.instagram.com/p/CFryO-upzkM/

Penampilan barisan terbaharu Yoodo Gank turut menimbulkan persoalan mengenai status dua lagi pemain asal Yoodo Gank, Izzrudin Hashim (Jumper) dan Fuad Razali (Fredo).

Sementara itu, pihak Yoodo Gank masih belum memberikan kenyataan rasmi mengenai status barisan pemain ini.

Saksikan Yoodo Gank bertanding dalam babak kelayakan kejohanan MEC pada 5 Januari hingga 8 Januari nanti.

Peringkat akhir kejohanan Malaysia Esports Championship 2021 akan berlangsung pada 30 dan 31 Januari 2021.

Juara kejohanan MEC PUBG Mobile akan mendapat slot ke kejohanan kebangsaan PUBG Mobile National Championship (PMNC) 2021.

Ikan hiu dipotong-potong, minat analisis tapi bo' ong. Analyst, writer, PUBGM enthusiast. Instagram: @detectivedubu

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved