Connect with us

PUBG Mobile

PMGC: Bigetron RA tukar lineup, Liquid ganti Alice

Published

on

Foto: Instagram / Bigetron Esports

PEMAIN profesional Bigetron Esports, Leander Deusfield (Liquid) akan menggantikan posisi Maureen Gabriella (Alice) dalam barisan pemain utama Bigetron Red Aliens menjelang persiapan peringkat akhir kejohanan PUBG Mobile Global Championship (PMGC) yang akan diadakan di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 22 Januari nanti.

Dalam satu sidang media khas, pengurus skuad PUBG Mobile Bigetron Esports Isfan Satria Wijaya mengumumkan bahawa penambahan Liquid dalam barisan pemain utama adalah disebabkan oleh masalah kesihatan Alice yang tidak mengizinkannya untuk menyertai perjalanan ke Dubai.

Foto: Youtube/ Bigetron TV

“Kami mendapat tahu bahawa satu pemain ganti diwajibkan bagi setiap pasukan yang akan bertanding di Dubai nanti.

“Oleh sebab masalah kesihatan yang dialami oleh Alice, kami terpaksa membuat keputusan untuk memohon pertukaran pemain dengan memberi bukti kukuh kepada pihak penganjur,'” jelas Isfan.

Penambahan pemain muda seperti Liquid ke dalam barisan utama Bigetron RA di PMGC nanti tentunya akan memberikan nafas baharu ke dalam pola permainan pasukan juara dunia tersebut, lagi-lagi setelah gagal menamatkan peringkat liga dengan prestasi cemerlang.

Liquid yang baru berumur 17 tahun merupakan bekas pemain profesional bagi pasukan ION Esports dan pernah bertanding dalam kejohanan-kejohanan antarabangsa seperti kejohanan PMCO Musim Luruh 2019.

Pemain yang berperanan sebagai penembak jitu (sniper) itu juga pernah memenangi kejohanan PUBG Mobile Indonesia National Championship (PMINC) pada tahun 2020.

Sementara itu, dalam sidang media yang sama, Liquid melahirkan rasa kebanggaannya apabila dapat menyertai barisan utama Bigetron RA bagi kejohanan PMGC di Dubai nanti.

Foto: Youtube/ Bigetron TV

Kemasukan Liquid ke dalam barisan pemain turut disambut baik oleh pemain-pemain dan jurulatih pasukan, Steven Valerian Danilo (S1nyo).

Menurut jurulatih S1nyo, Liquid memberi nafas baharu kepada pasukan dengan memberikannya peluang untuk membuat eksperimen dengan penukaran koordinasi barisan pemain utama yang terdiri daripada lima orang pemain.

Hanya empat pemain sahaja yang akan bermain bagi setiap pusingan di PMGC Final dan setiap pasukan akan diberi peluang untuk melakukan pertukaran pemain selepas setiap pusingan.

Foto: Youtube/ BIgetron TV

“Kemasukan Liquid ke dalam barisan utama seumpama memberikan nafas baharu kepada kami.

” Namun demikian, kami masih belum boleh pastikan sama ada Liquid akan bermain atau tidak, semuanya akan bergantung pada prestasi semasa sesi latihan dan prestasi pada hari kejohanan sendiri,” jelas jurulatih Bigetron RA, S1nyo.

Kemasukan Liquid ke dalam barisan utama pemain tentunya akan membantu Bigetron RA untuk mempertahankan gelaran juara dunia mereka pada 21 Januari nanti.

Peringkat akhir PMGC akan diadakan secara offline di stadium Coca Cola Dubai, UAE.

Kejohanan PMGC menawarkan hadiah wang tunai terkumpul kira-kira RM8.18 juta (AS$2 juta)

Ikan hiu dipotong-potong, minat analisis tapi bo' ong. Analyst, writer, PUBGM enthusiast. Instagram: @detectivedubu

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved