Connect with us

PUBG Mobile

‘Team2020’ Yoodo Gank punyai pontensi besar, raih Top 7 Peacekeeper Elite Championship

Published

on

Foto : Man Parang

PASUKAN Malaysia yang bertanding di Kejohanan PUBG Mobile Peacekeeper Elite Championship 2019, Yoodo Gank meraih kedudukan tujuh terbaik secara keseluruhan.

Yoodo Gank yang terdiri daripada empat pemain muda berbakat besar meraih 48 mata secara keseluruhan.

“Saya sangat bangga dengan rakan-rakan sepasukan saya.

“Akhirnya, berjaya juga meraih kedudukan 10 teratas di peringkat antarabangsa dan selain pasukan-pasukan China, kami dapat mata bunuh yang lebih banyak dalam kejohanan ini,” kata kapten pasukan Yoodo Gank, Aiman Mohd (Man Parang).

Sebelum ini Yodoo Gank memperkenal barisan pemain baharu mereka iaitu: 

  • Aiman Mohd (Man Parang)
  • Ahmad Fuad Razali (Fredo)
  • Abdul Azim Ikromi Abdul Rashid (Draxx)
  • Muhamad Izzrudin Hashim (Jumper)

Pasukan yang turut dikenali sebagai ‘Team 2020’ dalam kalangan peminat e-sukan PUBG Mobile dilihat bakal memberi sinar baharu dalam arena ini.

Yoodo Gank turut membawa pulang hadiah wang tunai kira-kira RM47,000 sebagai habuan berada di kedudukan lapan teratas kejohanan itu.

Peacekeeper Elite International Championship yang berlangsung di Xi’an, China sejak semalam menyaksikan pasukan-pasukan China mendominasi sejak awal perlawanan.

Kejohanan itu telah dimenangi oleh pasukan X-Quest F yang membawa pulang hadiang wang tunai kira-kira RM648,000.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved