Connect with us

PUBG Mobile

Fredo, Jumper, Man Parang, Draxx bergabung untuk Peacekeeper Elite International Championship 2019

Published

on

Pasukan ini dikenali sebagai Team 2020 dalam kalangan peminat PUBG Mobile tanah air.

KUALA LUMPUR – Empat pemain e-sukan PUBG Mobile terkemuka tanah air, bakal bergabung di bawah satu pasukan untuk bersaing dalam satu kejohanan di China iaitu Peacekeeper Elite International Championship 2019.

Mereka adalah :

  • Aiman Mohd (Man Parang)
  • Ahmad Fuad Razali (Fredo)
  • Abdul Azim Ikromi Abdul Rashid (Draxx)
  • Muhamad Izzrudin Hashim (Jumper)

“Ini boleh dikatakan barisan pemain ‘tryout’ sebelum 2020.

“Jika berjaya, kami akan kekalkan barisan pemain ini.

“Doakan kami di sana (China) untuk mengharumkan nama Malaysia” kata Man Parang kepada What’s The Meta.

Menurut Man Parang, mereka akan bermain di bawah nama Yoodo Gank.

“Kami berlatih hari-hari dan baru-baru ini mendapat nombor dua dalam satu kejohanan kecil.

“Dari segi komunikasi dan kerjasama sekumpulan masih okay. Kami cuma perlu memupuk lagi keserasian bersama.

“Bagi pasukan ini, Jumper akan mengetuai strategi dalam perlawanan (IGL), manakala saya kekal sebagai kapten Yoodo Gank,”kata Man Parang

Peacekeeper Elite International Championship 2019 menawarkan hadiah wang terkumpul sebanyak RM1.7 juta (3 juta yuan) dan bakal melibatkan 15 pasukan dari seluruh dunia.

Selain Yoodo Gank, berikuta adalah pasukan PUBG Mobile yang akan menyertai Peacekeeper Elite International Championship 2019:

  • Four Angry Man (China)
  • X-Quest F (China)
  • DKG (China)
  • MEGA Conqueror (Thailand)
  • Orange Esports (Kemboja)
  • FFQ Mobile (Vietnam)
  • Team Queso (Argentina)
  • Fnatic (India)
  • Team Soul (India)
  • SynerGE (India)
  • Cloud 9 (Amerika Syarikat)
  • Tempo Storm (Amerika Syarikat)
  • OMEN Elite (Amerika Syarikat)
  • Team Unique (Eropah)

Kejohanan akan bermula pada 28 dan 29 Disember dan bakal berlangsung di Xi’an, China.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved