Connect with us

PUBG Mobile

#PMSCWorld2019: VIP Squad mohon maaf tak dapat mara ke Grand Final

Published

on

VIP jatuh ke ranking ke-12 pada hari kedua peringkat kumpulan B PMSC 2019. - Foto YouTube / PUBG Mobile

PASUKAN PUBG Mobile tanah air, Victorious in Play (VIP Squad) memohon maaf kepada penyokong dan peminat selepas gagal mara ke Grand Final Piala Dunia PUBG Mobile Star Challenge (PMSC) 2019.

“Perjalanan kami setakat ini sahaja. Kami tidak layak ke Grand Final.

“Maafkan kami dan terima kasih kerana menyokong VIP Squad selama ini,” kata VIP.

Sebelum ini VIP yang beraksi dalam kumpulan B berada di kedudukan ke-7 pada hari pertama peringkat kumpulan.

Walaubagaimana pun, VIP jatuh ke ranking ke-12 pada hari kedua semalam dengan mencatatkan 24 mata secara keseluruhan menerusi 4 pusingan pada peringkat itu.

Mereka perlu berada di kedudukan ke-8 teratas untuk mara ke Grand Final PMSC yang menawarkan kira-kira RM416,000 untuk juara.

Bagi kumpulan B, pasukan yang layak ke Grand Final adalah:

  • RRQ Athena (Thailand)
  • ELEMENTRIX (Nepal)
  • TEAM UNIQUE (Rusia)
  • TEAM QUESO (Argentina)
  • Cloud 9 (Amerika Syarikat)
  • RED Canids Kalunga (Brazil)
  • Goskilla (Kazakhstan)
  • EGC KR Black (Korea Selatan)

Kejohanan PMSC itu berlangsung di Riyadh, Arab Saudi menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM1.2 juta.

Grand Final siaran langsung PMSC akan ditayangkan di: YouTube PUBG Mobile.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved