Connect with us

PUBG Mobile

“Otak lagi penting di PMGC” – Kid

Published

on

Foto: FB / PUBG Mobile

KUALA LUMPUR – Pemain Team Secret, Muhammad Danish Yusniza (Kid), menyifatkan kepentingan menganalisis dan strategi adalah sangat dititikberatkan dalam kejohanan Grand Final nanti.

Kid berkata skil asas dalam permainan itu adalah jangan mudah dilumpuhkan dan menyusahkan rakan-rakan sepasukan.

“Sah-sah pasukan yang menyertai PMGC pandai menembak.

“Kuasa tembak (firepower) dan posisi tidak penting dalam kejohanan ini. Itu hanya perkata tambahan.

“Percaturan masa dan strategi sangat penting. Jika buat salah sikit dalam PMGC, anda akan disingkirkan,” kata Kid dalam satu video PUBG Mobile Esports yang dimuatnaik pada tengah hari tadi.

Sementara itu, Kid juga berkongsikan penghargaan kepada penyokongnya dan Team Secret.

“Banyak dugaan kami untuk capai ke tahap ini, tapi kerana doa dan sokongan penyokong kami, Team Secret berjaya capai ke tahap ini.

“Jangan lupa tengok corak permainan saya dan memberi sokongan kepada Team Secret serta 4Rivals di Grand Final PMGC 2021,”tambah Kid dalam video yang sama.

Team Secret dan 4Rivals Yoodo Alliance merupakan wakil Malaysia dalam Kejohanan Grand Final PMGC 2021.

Kejohanan itu pada bermula 21 Januari nanti dan menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM14.2 juta (AS$3.4 juta).

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved