Connect with us

PUBG Mobile

Ramalan Dropspot: Paraboy vs Jonathan, Team Secret pula dijangka kurang terima pertempuran awal

Published

on

Foto: PUBG Mobile

ENAM belas pasukan yang terbaik dari seluruh dunia pastinya sudah bersiap sedia untuk bertanding dalam kejohanan yang terbesar PUBG Mobile, iaitu Grand Finals Kejohanan Global PUBG Mobile (PMGC) 2021, yang akan bermula esok.

Berikut adalah ramalan lokasi mendarat untuk semua pasukan di tiga peta yang akan dimainkan:

Erangel
Peta ini akan dimainkan sebanyak sembilan kali dalam Grand Final PMGC 2021 nanti.

Lokasi Mendarat yang Diramal Kosong

  • Mylta
  • Severny
  • Farm Ridge

Situasi Pasukan-Pasukan Malaysia

  • Walaupun kawasan Severny diramal kosong, Team Secret dijangka  akan mendarat di kawasan Stalber dan Kameshki.
  • Pasukan 4Rivals Yoodo Alliance pula diramal akan mendarat di lokasi asalnya, iaitu di Rozhok.

Keadaan Pasukan-Pasukan yang Lain

  • Pasukan S2G Esports diramal akan mendarat di kawasan Ferry Pier untuk mengelakkan pertempuran awal dengan juara bertahan, pasukan Nova Esports. 
  • Wakil tunggal Rusia, NAVI, diramal akan mendarat di kawasan Georgopol, manakala pasukan A7 Esports dijangka akan mendarat di kawasan Apartment Georgopol. 
  • Pasukan Furious Gaming pula diramal akan menukarkan lokasi mendarat mereka dari kawasan Mansion ke kawasan Mylta Power. 

Miramar
Peta ini akan dimainkan sebanyak enam kali di Grand Final PMGC 2021.

Lokasi Mendarat yang Diramal Kosong

  • Puerto Paraiso
  • Valle del Mar
  • Tierra Bronca

Ramalan Pertempuran Awal

Hacienda del Patron – 4Rivals Alliance (Malaysia) vs S2G Esports (Turki) vs GodLike Esports (India)

El Pozo – Nigma Galaxy (Iraq) vs A7 Esports (Brazil)

Situasi Pasukan-Pasukan Malaysia

  • Team Secret dijangka tidak akan menghadapi cabaran di kawasan Cruz del Valle dan diramal akan mendarat di kawasan tersebut. 
  • Pasukan 4Rivals Yoodo  Alliance diramal akan mendarat di kawasan Hacienda del Patron dan dijangka akan bertempur awal dengan dua lagi pasukan, iaitu pasukan S2G Esports dari Turki dan pasukan GodLike Esports dari India. 

Keadaan Pasukan-Pasukan yang Lain

  • Pasukan The Infinity, yang baru-baru menjuarai Liga Timur PMGC, diramal akan melepaskan kawasan Monte Nuevo kepada pasukan Kaos Next Ruya dan diramal akan mendarat di kawasan Chumacera. 
  • Pasukan Nigma Galaxy dijangka akan bertempur awal dengan pasukan A7 Esports di kawasan El Pozo, yang merupakan salah satu lokasi mendarat yang popular di peta ini. 
  • Pasukan Six Two Eight diramal akan mendarat di kawasan Power Grid, manakala pasukan Furious Gaming, yang sebenarnya mendarat di kawasan Power Grid, diramal akan mendarat di kawasan Impala.

 

Sanhok
Peta ini  akan dimainkan sebanyak tiga kali di Grand Final PMGC 2021.

Lokasi Mendarat yang Diramal Kosong

  • Camp Charlie
  • Docks
  • Mongnai

Ramalan Pertempuran Awal

Bootcamp – Stalwart Esports (Mongolia) vs A7 Esports (Brazil)
Pai Nan – Nova Esports (China) vs GodLike Esports (India)

Situasi Pasukan-Pasukan Malaysia

  • Team Secret diramal akan mendarat dan melakukan aktiviti ‘scrap looting’ di sekeliling kawasan Lakawi dan Kampong, seperti yang telah dilakukan dalam Liga Timur PMGC 2021. 
  • Dengan ketiadaan pasukan Reject yang gagal melayak ke peringkat Grand Finals, pasukan 4Rivals Yoodo  Alliance diramal akan mendarat dan melakukan aktiviti ‘scrap looting’ di sekeliling kawasan timur Camp Alpha dan “Rumah L”. 

Keadaan Pasukan-Pasukan yang Lain

  • Painan dijangka ‘berdarah’ kerana satu pertempuran awal akan berlaku antara gergasi China, Nova Esports dan gergasi India, GodLike Esports. Sebelum ini, Titan Esports Club dan pasukan Bigetron RA, sentiasa memberi saingan sengit di kawasan Pai Nan kepada Nova Esports. Situasi itu pastinya menjadikan Nova Esports sudah biasa dengan menghadapi sebarang cabaran di kawasan itu. 
  • Selain daripada Pai Nan, kawasan Bootcamp juga dijangka akan ‘berdarah’ dengan pertempuran awal antara pasukan Stalwart Esports dan pasukan A7 Esports. 
  • Pasukan pertama Chile yang bertanding di PMGC, Furious Gaming, dijangka akan mendarat di sekeliling kawasan Cave.

Grand Finals PMGC 2021 akan berlangsung pada 21 sehingga 23 Januari bermula jam 7 malam dan boleh ditonton secara langsung di Facebook dan YouTube PUBG Mobile. Ia menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM14.2 juta (AS$3.4 juta).

Team Secret dan 4Rivals Yoodo Alliance merupakan wakil Malaysia dalam kejohanan dunia itu.

 

Analyst PUBG Mobile for WTM Today. Other than PUBG Mobile, I enjoy watching badminton, NBA and a lot more! 😁 Instagram: @yeetsboy_

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved