PUBG Mobile
PMGC: Skylightz tak boleh fly, Godlike sah akan ganti sebagai wakil India

PASUKAN popular Battlegrounds Mobile India (BGMI), GodLike Esports sah akan bertanding bersama lima belas pasukan yang lain di Grand Finals Kejohanan Dunia PUBG Mobile (PMGC) 2021.
Perkara itu disahkan pihak penganjur PUBG Mobile Esports dalam satu catatan media sosial seketika tadi.
Menurut pengajur, Godlike Esports yang merupakan penyandang tempat keempat Siri Battlegrounds Mobile India (BGIS) 2021, akan menggantikan slot Skylightz ke PMGC secara rasmi kerana melengkapi dokumen yang diperlukan untuk penerbangan ke Dubai sebelum 16 Januari lalu
“Mari mengalu-alukan Godlike Esports sebagai pasukan terakhir untuk bertanding di Grand Final PMGC 2021.
“Godlike mengunci slot ke PMGC 2021 sebagai pasukan tertinggi dalam ranking yang memenuhi keperluan dokumen penerbangan yang diperlukan sebelum 16 Januari,” kata PUBG Mobile Esports dalam satu kenyataan hari ini.
Baru-baru ini, Skylightz Gaming telah muncul sebagai juara BGIS 2021 dengan kutipan 273 mata dari 24 pusingan yang telah dimainkan.
Difahamkan TSM FTX India dan penyandang tempat ketiga kejohanan, iaitu Team XO, juga mempunyai masalah yang sama dan menyebabkan mereka akan ketinggalan untuk menyertai kejohanan dunia itu.
Godlike Esports terdiri daripada Jonathan Jude Amaral (Jonathan), Suraj Nityanand Majumdar (Neyoo), Abhishek Choudhary (ZGod) dan Vivek Aabhas Horo (ClutchGod) dan Abhijeet Harishchandra Andhare (Ghatak).
Dalam kejohanan BGIS 2021 yang lalu, pasukan itu berjaya memenangi sebanyak RM17,000 (300,000 Rupee India).
Sementara itu, dalam satu gambar yang dimuatnaik penganjur hari ini juga memaparkan Godlike Esports akan ‘meminjam’ seorang pemain Skylightz iaitu Saumya Raj (Saumraj) untuk menyertai kejohanan dunia itu.
Grand Finals PMGC 2021 akan bermula pada 21 Januari nanti dan menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM14.6 juta (AS$3.49 juta), dan 18 pusingan akan dimainkan untuk menentu pasukan yang akan memenangi gelaran sebagai juara dunia.
PMGC 2021 diadakan secara semi-offline, dengan beberapa pasukan yang bertanding akan diterbangkan ke Dubai atau Singapura untuk bermain dalam kejohanan itu.