Connect with us

PUBG Mobile

Homegirls ranking nombor 1 peringkat qualifier

Published

on

Foto: PUBG Mobile

KUALA LUMPUR – Skuad PUBG Mobile tempatan, Homegirls, berjaya berada dalam ranking pertama peringkat kelayakan Liga Profesional Malaysia, Singapura, dan Filipina Musim Kelima (PMPL MYSG PH S5) 2022.

Dalam satu catatan Instastory yang dikongsikan Homegirls pada malam tadi, pasukan itu dilihat mendahului ranking dengan catatan 40 mata secara keseluruhan untuk Kumpulan O.

Foto: Instagram / Homegirls

Menerusi tiga pusingan yang disertai itu, Homegirls berjaya mencatatkan kutipan 17 mata bunuh dan 23 mata kedudukan.

Berdasarkan data tersebut itu juga, Homegirls dijangka akan melayakkan diri ke Grand Final Peringkat Kelayakan PMPLMYSGPH S5 2022 pada 28-30 Januari nanti.

Kejohanan itu boleh ditonton secara langsung di Facebook dan YouTube PUBG Mobile.

Homegirls merupakan skuad PUBG Mobile wanita bagi organisasi e-sukan Homebois, iaitu satu syarikat yang diasaskan personaliti e-sukan popular, Nureddy Nursal (Daddyhood).

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved