Connect with us

PUBG Mobile

PMGC: Jadi ke tak Skylightz pergi Grand Finals PMGC?

Published

on

Foto: YouTube / BGMI

PADA Ahad lalu, pasukan Battlegrounds Mobile India (BGMI), Skylightz Gaming, sah muncul sebagai juara Battlegrounds Mobile India Series (BGIS) 2021.

Skylightz berada di ranking pertama kejohanan itu dengan kutipan 273 mata menerusi 24 pusingan yang telah dimainkan di peringkat Grand Final BGIS 2021.

Pasukan itu juga mempunyai kelebihan tipis sebanyak tiga mata berbanding pasukan TSM FTX India yang berada di tempat kedua.

Dalam kejohanan itu, Skylightz mempertaruhkan pemain-pemain yang berbakat, termasuk Saumya Raj (Saumraj), Ammar Khan (Destro), Pukar Singla (Pukar) dan Tushar Das (GamlaBoy).

Menerusi kemenangan itu, Skylightz secara rasmi menerima slot ke Grand Finals Kejohanan Dunia PUBG Mobile (PMGC) dan hadiah wang kemenangan kira-kira RM280,000 (5 juta Rupee India).

Namun begitu, timbul ura-ura dalam kalangan komuniti sama ada pasukan itu akan digantikan dengan GodLike Esports berikutan isu pasport.

WTM Today kini sedang menunggu pengumuman rasmi pihak penganjur mengenai kesahihan isu tersebut.

Dalam kejohanan BGIS itu, Godlike Esports yang berada di kedudukan keempat berjaya memenangi Anugerah Pasukan dengan Mata Bunuh Terbanyak dengan rekod 129 mata pembunuhan manakala pemainnya Neyoo, diberi gelaran Pemain Terbaik (MVP) untuk kejohanan itu.

Analyst PUBG Mobile for WTM Today. Other than PUBG Mobile, I enjoy watching badminton, NBA and a lot more! 😁 Instagram: @yeetsboy_

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved