Connect with us

Mobile Legends

‘Sorry jiran, terima kasih sebab memahami’ – Soloz

Published

on

Foto: YouTubrity Malaysia

KUALA LUMPUR – “Kami buat bising tapi mereka (jiran-jiran) tahan (bersabar) sampai ke hari ini.

“Terima kasih jiran kerana memahami kerja kami.”

Itu kata personaliti e-sukan popular, Faris Zakaria (Soloz) dalam satu ucapan kemenangannya pada semalam selepas merangkul Anugerah Youtubrity Malaysia 2021.

Jelas Soloz, dia memohon kepada jiran-jiran rumah gaming pihaknya atas bunyi bising yang dilakukan.

“Saya nak minta maaf kepada jiran kerana hari-hari kami buat bising,” kata Soloz.

Pada malam tadi, Soloz muncul sebagai pemenang Top 5 YouTuber Terbaik Anugerah Youtubrity Malaysia 2021.

Anugerah itu melibatkan 58 pencalonan YouTuber terkenal tanah air dan berlangsung Sunway Putra Hotel, Kuala Lumpur.

Rakan seperjuangan Soloz, Nureddy Nursal (Daddyhood) turut dipilih sebagai pemenang anugerah itu bagi kategori Saluran E-Sukan terbaik.

Selain Anugerah Youtubrity Malaysia 2021, antara anugerah yang pernah dimenangi Soloz termasuklah Anugerah ERA Digital Muzik Awards (EDMA) 2020 dan Anugerah Pencipta Kandungan Facebook yang Paling Banyak Menerima Jumlah Tontonan di Malaysia pada Julai 2019.

Soloz juga pernah menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records pada tahun 2020 sebagai pemegang rekod kebangsaan bagi kategori Pengikut Facebook (E-Sukan) Paling Banyak.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved