Connect with us

Mobile Legends

Soloz dipilih sebagai Top 5 Youtubrity Malaysia

Published

on

KUALA LUMPUR – Personaliti e-sukan Popular, Faris Zakaria (Soloz) muncul sebagai pemenang tempat kelima Anugerah Youtubrity Malaysia 2021 pada malam tadi bagi kategori Youtubrity Terbaik.

Soloz berkata dia berpuas hati apabila risikonya yang memilih untuk meneruskan perjalanan dalam arena e-sukan itu akhirnya, membuahkan hasil.

“Saya nak mengucapkan terima kasih kepada kedua ibu bapa, isteri dan rakan-rakan saya atas sokongan yang diberikan.

“Terima kasih juga kepada rakan kongsi saya, Nureddy Nursal (Daddyhood) kerana memberi saya dua jalan. Satu jalan selamat, satu jalan berisiko. Saya pilih jalan yang berisiko.

“Walaupun jalannya susah, Alhamdulillah, sampai juga. Terima kasih semua,” kata Soloz dalam satu ucapan kemenangan pada malam tadi.

Anugerah itu melibatkan 58 pencalonan YouTuber terkenal tanah air dan berlangsung di Sunway Putra Hotel, Kuala Lumpur.

Rakan seperjuangan Soloz, Daddyhood turut dipilih sebagai pemenang anugerah itu bagi kategori Saluran E-Sukan terbaik.

Dalam satu komen di WTM Today, Daddyhood turut berkongsikan jalan berisiko yang dimaksudkan.

Jelasnya:”Jalan selamat adalah duduk dalam zon selesa. Jalan berisiko adalah membantu ramai orang lagi dalam industri dan buat kebajikan.”

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved