Connect with us

Mobile Legends

Daddyhood menang anugerah Saluran E-Sukan Terbaik di YouTube

Published

on

Foto: YouTubrity Malaysia

PERSONALITI e-sukan popular, Nureddy Nursal (Daddyhood) muncul sebagai pemenang Anugerah YouTubrity Malaysia 2021 bagi kategori Saluran E-Sukan Terbaik 2021 pada malam tadi.

Menurut penganjur, anugerah itu berikan kepada Daddyhood berdasarkan kepelbagaiannya dalam industri e-sukan.

Daddyhood yang merupakan pengasas organisasi e-sukan Homebois mempunyai lebih 599,000 penonton di akaun YouTube miliknya, Daddykr3w.

Ia telah menerbitkan 640 video setakat artikel ini ditulis.

Sementara itu, Daddyhood dalam satu ucapan kemenangan pada malam tadi berkata dia bersyukur dengan anugerah yang diberikan itu, yang dianggap sebagai satu pengiktirafan besar untuk e-sukan.

“Saya tak sangka saya dapat anugerah ini kerana calon-calon kategori ini memang sangat hebat.

“Alhamdulillah, semua ini Allah yang tentukan. Pengiktirafan ini agak tinggi bagi saya untuk e-sukan kerana industri ini masih baru di Malaysia.

“Saya harap dengan anugerah yang dimenangai ini, saya dapat menghasilkan banyak lagi kandungan untuk peminat e-sukan.

“Bagi saya, e-sukan bukan sekadar main game, e-sukan adalah masa hadapan,” kata Daddyhood dalam satu ucapan kemenangan sebagai pemenang Anugerah Youtubrity Malaysia 2021.

Anugerah itu melibatkan 58 pencalonan YouTuber terkenal tanah air dan berlangsung Sunway Putra Hotel, Kuala Lumpur.

Antara calon-calon bagi Saluran E-Sukan Terbaik 2021 adalah termasuk Oohami, Fredo Sameon, Kambing Golek, Penjahat Soldier, Soloz Club dan Syafiq Aiman.

Turut memenangi Anugerah Youtubrity Malaysia 2021 adalah rakan seperjuangan Daddyhood, Faris Zakaria (Soloz) bagi kategori Top 5 YouTuber Terbaik Malaysia.

 

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved