Connect with us

Mobile Legends

DNA Saiyan, MyA semakin hampir ke MPL, Mikey kini top 4 qualifier

Published

on

KUALA LUMPUR – Satu lagi pasukan dari Kejohanan Liga E-Sukan Malaysia Musim Kedua (MEC S2) 2021, Mikey, juga berjaya mara ke peringkat semi final kelayakanLiga Profesional Mobile Legends Malaysia Musim Kesembilan (MPL MY S9) 2022 esok.

Pasukan itu berjaya ke peringkat itu selepas berjaya mengalahkan pasukan MAB Esports 2-0 pada peringkat suku akhir seketika tadi.

Mikey yang turut membariskan pemain berpengalaman, Flint, sebagai sebahagian daripada pasukan itu akan bertemu dengan pasukan yang dinamakan sebagai Team Lemah pada peringkat semi final nanti.

Team Lemah berjaya mengalahkan Lunatix 2-0 pada peringkat semi final.

Dua lagi pasukan yang berjaya ke peringkat itu adalah Caracal dan THQ Academy selepas menewaskan musuh masing-masing dengan rekod kemenangan 2-0.

Perlawanan semi final Kelayakan MPL MY S9 akan disiarkan secara langsung di Facebook Mobile Legends, bermula jam 1.30 petang esok.

Selain Flint, barisan pemain pasukan Mikey turut terdiri daripada Ombong, Avaaa, Byby, Squpoz dan Pyan.

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved