Connect with us

Mobile Legends

MPL S9: Caracal mara ke semifinal qualifier esok

Published

on

Foto: Caracal

KUALA LUMPUR – Pasukan Mobile Legends tempatan yang sedang meningkat naik, Caracal berjaya mara ke peringkat semi final pusingan kelayakan Liga Profesional Mobile Legends Malaysia Musim Kesembilan (MPL MY S9) 2022.

Perkara itu dikongiskan Caracal dalam satu catatan InstaStory seketika tadi, selepas menewaskan pasukan AxG Neon 2-0 pada peringkat suku akhir.

“Alhamdulillah, esok satu lagi langkah yang diperlukan.

“Doakan kami,” kata Caracal secara ringkas kepada WTM Today.

Caracal terdiri daripada pemain-pemain yang berpengalaman seperti Aim, Linkezaa, Loleaz, Neo, Zaraki, Kaizer dan Leixia,

Sebelum ini, pasukan itu muncul sebagai pasukan naib johan dalam Kejohanan Liga E-Sukan Malaysia Musim Kedua (MEC S2) 2021 dan menerima slot ke peringkat suku final pusingan kelayakan MPL MY S9 itu.

Perlawanan semi final Kelayakan MPL MY S9 akan disiarkan secara langsung di Facebook Mobile Legends, bermula jam 1.30 petang esok.

Selain Caracal, pasukan yang disahkan mara ke peringkat seterusnya adalah Mikey, THQ Academy dan Team Lemah.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved