Connect with us

Mobile Legends

MPL S9: “Kalau dipanggil, saya okay sahaja untuk mengulas” – Ikuto

Published

on

Foto: Facebook / Ikuto

KUALA LUMPUR – “Kalau dipanggil, saya okay sahaja.”

Itu kata pengulas e-sukan tempatan, Radzi Rahman Ibrahim (Ikuto) yang bersedia menerima dengan tangan terbuka jika diberi peluang untuk mengulas kembali dalam Liga Profesional Mobile Legends Malaysia (MPL MY).

Ikuto sebelum ini sempat mengulas selama enam musim MPL MY berturut-turut, iaitu sejak liga itu diperkenalkan pada 2018.

Dia juga dipilih untuk mengulas untuk kejohanan dunia Mobile Legends, M1 pada tahun 2019.

Namun pada tahun 2021, Ikuto dilihat ‘berehat’ daripada mengulas dalam arena profesional Mobile Legends bermula MPL Musim Ketujuh dan MPL Musim Kelapan 2021.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by What’s The Meta Today (@wtmtoday)

Baru-baru ini, Ikuto turut menyertai cabaran Caster Telepromter Challenge yang diperkenal MPL MY.

Ia merupakan satu cabaran bagi mana-mana penggiat e-sukan yang berminat untuk mengulas dalam liga musim kesembilan itu.

Penyertaan Ikuto itu sudah tentunya menimbulkan rasa rindu dengan semangat yang dibawakan oleh pengulas berusia 30 tahun itu di Land of Dawn.

Ikuto ketika ini berkhidmat untuk gergasi Mobile Legends Malaysia, Todak, sebagai Ketua Pembangunan E-Sukan.

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved