Mobile Legends
EVOS nafi ada tryout dengan Mobazane

Gergasi Mobile Legends, EVOS Esports, menafikan pihaknya ada cuba untuk merekrut pemain Amerika Syarikat, Michael Cosgun (Mobazane).
Pembantu CEO EVOS Esports, Matthew Chan, berkata pihaknya termasuk cawangan di Singapura, EVOS SG, tidak pernah melakukan sebarang sesi uji bakat dengan Mobazane.
“Ura-ura itu tidak benar,” kata Matthew secara ringkas kepada WTM Today.
BACA: Mobazane nak main MLBB di Asia
Sebelum ini, ada dalam kalangan warganet yang menyatakan EVOS SG cuba untuk merekrut Mobazane kerana kononnya pemain utama pasukan itu, Potato dijangka akan berehat dari arena kompetitif.
EVOS Esports bagaimanapun telah menafikan ura-ura itu.
Pada Jumaat lalu, Mobazane yang kini bermain untuk pasukan Blood ThirstyKing (BTK), meluahkan hasrat untuk mahu menjadi pemain profesional sepenuh masa di rantau Asia Tenggara.
Susulan hasrat Mobazane itu, CEO organisasi e-sukan Indonesia, RRQ, Andrian Pauline (AP) menyifatkan kehadiran pemain rantau Amerika Utara (NA) akan memeriahkan lagi arena Mobile Legends Asia Tenggara.