Connect with us

Mobile Legends

Mobazane nak main MLBB di Asia

Published

on

Foto: MOONTON Games
PEMAIN Mobile Legends Amerika Syarikat yang sedang meningkat naik, Michael Cosgun (Mobazane) berhasrat untuk bermain e-sukan itu dengan lebih serius di rantau Asia.
 
Mobazane berkata, dia bersedia berhijrah dari negaranya dan terbuka dengan mana-mana pasukan yang sudi untuk merekrutnya sebagai pemain profesional Mobile Legends.
 
“Saya bersedia untuk berpindah ke Asia,” katanya ringkas dalam satu catatan Instastory pada petang tadi.
 
Sementara itu, Mobazane dalam satu video YouTube juga berkata dia bersedia untuk ke Indonesia atau Filipina jika diberi peluang.
 
Menurut Mobazane yang kini bermain untuk pasukan Blood ThirstyKing (BTK), dia mahu menjadi pemain profesional sepenuh masa.
 
“BTK bukan satu skuad yang bekerja sepenuh masa.
 
“Saya mahu menjadi pemain profesional sepenuh masa. Kalau ada yang sudi merekrut saya sahaja, saya mahu,”katanya dalam satu video pada hari ini.
 
Mobazane dan BTK baru-baru ini muncul sebagai pasukan ketiga terbaik dunia, dalam kejohanan Mobile Legends, M3, 2021 di Singapura.
 
Pasukan itu menjadi satu-satunya pasukan di luar rantau Asia Tenggara yang berada dalam kelompok terbaik itu.
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved