Connect with us

Mobile Legends

ZEYS OUT atau sekadar tease?

Published

on

Foto: EVOS TV

KETUA Jurulatih EVOS Esports, Bjorn Ong (Zeys) memohon maaf kerana tidak mampu mencapai kejayaan yang diinginkan pasukan e-sukannya sepanjang tahun 2021.

Jelasnya, hampir kesemua kegagalan itu adalah kerana salahnya sendiri.

“Saya mohon maaf untuk tahun buruk 2021. Hampir semua memang salah saya.

“Saya tidak mampu membawa pasukan ini menjadi satu keluarga dan tidak dapat membawa kemenangan yang dimahukan,” katanya dalam satu video yang dimuatnaik di page Zeys pada petang tadi.

Dalam video yang sama, Zeys juga mahu mengucapkan selamat tinggal ketika ini namun tidak menjelaskan sama ada untuk tahun 2021 atau organisasinya, EVOS Esports.

Zeys merupakan jurulatih Mobile Legends yang berpengalaman.

Sebelum ini, dia pernah membantu skuad Mobile Legends Indonesia EVOS Esports, EVOS Legends memenangi MPL Indonesia pada musim keempat 2019 dan musim ketujuh 2021.

Zeys juga pernah membantu EVOS Legends dalam mendapatkan gelaran juara dunia Mobile Legends M1 pada 2019.

Dia juga pernah membantu skuad Singapura EVOS menjuarai MPL MYSG Musim Keempat 2019.

Zeys telah menceburi dunia kompetitif sejak 2009 dan telah menyertai pelbagai acara e-sukan seperti Left 4 Dead, Arena of Valor, League of Legends dan Heartstone.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved