Mobile Legends
M3 MLBB: “Sangat berbeza bila join NAVI, bukan lagi main suka-suka”

SINGAPURA – Jurulatih NAVI, Alexandr Korystin (WarBarbie) ada berkongsikan perubahan besar apabila menyertai organisasi itu terutama dari segi pengalaman dan pemikiran
Jelasnya, pasukannya tidak lagi bermain secara suka-suka seperti sebelum ini memandangkan pihaknya sudah menjadi sebahagian daripada organisasi e-sukan profesional.
“Memang ada perbezaan yang besar antara ketika menyertai M2 dan M3.
“Kalau dulu mutu persembahan kami lebih kepada semi profesional, kini kami sudah profesional secara keseluruhan, termasuklah dari segi persiapan.
“Dulu, ia hanya sekadar permainan dan hanya untuk suka-suka. Sekarang ia lebih kepada pekerjaan. Jadi besar perbezaannya,” kata WarBarbie.
Dia berkata demikian dalam satu sidan media secara atas talian di Singapura pada Jumaat lalu.
Sebelum skuadnya menjadi naungan NAVI, WarBabie dan rakan-rakan sepasukannya merupakan sebahagian daripada pasukan Rusia, Deus Vult yang mempunyai pengalaman di pentas dunia.
Pasukan itu berjaya mara kejohanan Siri M Mobile Legends untuk tiga tahun berturut-turut.
NAVI berada dalam kumpulan C Kejohanan Dunia Mobile Legends 2021 (M3) dan akan mula bersaing pada Rabu ini di di Pusat Konvensyen dan Pameran Suntec, Singapura.
M3 melibatkan persaingan antara 16 pasukan Mobile Legends terbaik dunia dan menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM2.4 juta (AS$800,000) secara keseluruhan.
Ia akan bermula 6 Disember sehingga 19 Disember nanti dan akan disiarkan secara langsung di seluruh platform media sosial Mobile Legends.