Connect with us

Mobile Legends

MSC 2023: Dale sah jadi jurulatih sementara pasukan AS, Team Outplay

Published

on

FOTO KREDIT: MOONTON GAMES

KHIDMAT jurulatih Homebois, Dale Vitug, sah dipinjamkan untuk pasukan Amerika Syarikat, Team Outplay di Kejohanan Piala Asia Tengga (MSC) 2023 nanti.

Perkara itu disahkan oleh pengasas Homebois, Nureddy Nursal (Daddyhood), dalam satu komen di media sosial baru-baru ini.

“Team Outplay yang memanggil Dale untuk membantu mereka di Kemboja nanti (MSC) dan salah satu pemain pasukan itu juga dari Filipina.

“Ia sedikit sebanyak membantuk komunikasi mereka,” kata Daddyhood ketika dihubungi WTM Today hari ini.

Jelas Daddyhood lagi, perkhidmatan Dale juga sedikit sebanyak akan membantu persiapan Homebois untuk MPL S12 akan datang dan juga M5.

Dale mula menyertai Homebois pada Liga Mobile Legends Musim Ke-11 2023 yang lalu. Dia berjaya membantu Homebois untuk meraih tempat ketiga pada musim itu.

Jurulatih Filipina itu juga sebelum ini pernah berkhidmat untuk pasukan Myanmar, Falcon Esports (2022), dan pasukan tanah airnya sendiri iaitu Echo Esports (2021), serta Omega Esports (2022)

MSC akan membuka tirai pada bulan hadapan, bermula 10 – 18 Jun. Ia akan diadakan di Phnom Penh, Kemboja.

MSC kali ini akan disertai 12 pasukan, termasuk Todak sebagai wakil tunggal Malaysia.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved