Connect with us

Mobile Legends

BTK sah tak akan sertai MSC

Published

on

Foto: MOONTON GAMES.

Jaguh Mobile Legends Amerika Utara, BTK, sah tidak akan menyertai Piala Asia Tenggara (MSC) 2023 pada bulan depan.

Sebabnya: 

  • Salah satu pemain BTK tiada passport yang sah.
  • Penjaga kepada salah satu pemain tidak membenarkan dia menyertai MSC.

Menurut penganjur, BTK gagal memenuhi syarat-syarat peraturan kejohanan yang ditetapkan.

Jelas MLBB Esports dalam satu hantaran di media sosial, setiap pasukan perlu mengekalkan minimum 7 ahli termasuk 1 orang jurulatih dan 5 pemain utama, serta 1 pemain tambahan.

Perkara itu berdasarkan peraturan MSC 3.1.1.

Selain itu, satu lagi peraturan MLBB Esports iaitu kurungan 5.2.3, menyatakan barisan pemain perlu sama seperti barisan yang layak ke MSC menerusi kejohanan MPL atau seangkatan dengannya, melainkan mempunyai ‘force majeure’ (bencana alam / kejadian yang tak dapat dielak, etc), sebelum barisan pemain disahkan.

Pihak jawatankuasa MSC juga telah mencari penyelesaian untuk pasukan itu sejak 15 Mei yang lalu, namun pengurus BTK memaklumkan pihaknya tidak boleh memenuhi syarat yang ditetapkan.

Berdasarkan situasi tersebut, slot BTK akan diisi naib juara NACT, Team OutPlay.

MSC akan membuka tirai pada bulan hadapan, bermula 10 – 18 Jun. Ia akan diadakan di Phnom Penh, Kemboja.

Ia akan disertai 12 pasukan, termasuk Todak sebagai wakil tunggal Malaysia.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved