Mobile Legends
MSC: Kuja jadi jurulatih RSG Slate Singapura

Jurulatih Mobile Legends tanah air, Kuja, diumumkan sebagai sebahagian daripada barisan utama dalam RSG Slate SG, yang akan menyertai Piala Asia Tenggara (MSC) 2023 Kemboja.
Perkara itu diumumkan dalam satu hantaran pasukan itu seketika tadi.
Kuja sebelum ini melatih pasukan cawangan Malaysia RSG Slate. Pasukan itu bagaimanapun tidak melayakkan diri ke kejohanan itu.
Selain Kuja, RSG Slate SG meletakkan Okky, Lucianqt, Roy., Diablo, Buji, Brayy untuk bertarung dengan pasukan-pasukan terbaik Mobile Legends di rantau ini.
MSC akan membuka tirai pada bulan hadapan, bermula 10 – 18 Jun. Ia akan diadakan di Phnom Penh, Kemboja.
Ia akan disertai 12 pasukan, termasuk Todak sebagai wakil tunggal Malaysia.