Connect with us

Mobile Legends

EKSKLUSIF: Xorn sah sertai Homebois untuk MPL MY S12

Published

on

Foto: MOONTON GAMES

Pemain roamer MLBB negara, Mohammad Zul Hisham Mohd Noor atau senang dikenali sebagai Xorn sah akan menyertai pasukan Homebois untuk Liga Profesional Mobile Legends Malaysia Musim ke-12 (MPL MY S12) 2023.

Perkara itu disahkan sendiri oleh pengasas dan pemilik organisasi Homebois, Nureddy Nursal (Daddyhood) kepada WTM Today hari ini.

“InsyaAllah, Xorn sah akan menyertai kami pada musim hadapan.

“Setakat ini memang 95% jadi sebab ketika ini hanya tinggal urusan pembayaran,” tambah Daddyhood dalam satu temu bual hari ini bersama WTM Today.

Xorn merupakan satu-satunya pemain profesinal MLBB di Malaysia yang tidak pernah tertinggal mana-mana siri MPL setakat ini.

Sebelum menyertai Geek Fam, Xorn bermain untuk pasukan Mystic Burden pada 2017 bagi menyertai pusingan kelayakan MPL MYSG S1 2017.

Pada musim berikutnya, pemain-pemain Mystic Burden dimiliki Geek Fam.

Xorn bermain untuk Geek Fam bermula musim kedua sehingga musim ke-9. Antara pencapaian tertinggi Xorn ketika bersama Geek Fam adalah apabila muncul sebagai juara MPL MYSG S3 2019.

Menerusi kemenangan itu, Xorn dan Geek Fam sekali gus mewakili Malaysia ke MSC 2019.

Bak kata pepatah:”Jauh perjalanan, luas pengalaman.”

Episod Xorn sebagai pemain pinjaman untuk beberapa pasukan terkemuka tanah air bermula apabila dia dipilih untuk menyertai Sukan SEA Hanoi Vietnam 2021 bersama Todak.

Malaysia ketika itu bagaimana pun hanya meraih tempat keempat secara keseluruhan.

Pada MPL musim ke-10, Xorn sekali lagi melalui pusingan kelayakan MPL, kali ini bersama Geek Fam. Bagaimanapun Geek tidak berjaya ke peringkat liga.

Tidak terhenti perjalanan Xorn di peringkat profesional, khidmatnya kemudian ditagih pasukan Team SMG.

Tamat musim ke-10 sebagai kelompok 8 pasukan terbaik, Xorn kemudiannya dipinjamkan sekali lagi untuk beraksi di MPL, kali ini bersama Yoodo Red Giants pada musim ke-11.

Baru-baru ini, dia bersama Harimau Malaya turut berjaya menyumbangkan pingat perak kepada Malaysia. Pasukan itu juga mencatat sejarah tersendiri untuk Malaysia apabila pertama kali ke grand final di kejohanan antarabangsa.

Kini, Xorn bakal menggunakan IGN baru, HB.Xorn dan pastinya ia akan membawa pelbagai reaksi dalam kalangan komuniti dan peminat MLBB tanah air.

MPL MY S12 2023 dijangka akan bermula Ogos nanti.

 

 

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved