Connect with us

Mobile Legends

Aria, gamer dan juga seorang Hafizah

Published

on

Bukan sekadar pemain roamer Mobile Legends yang garang di Land of Dawn, Aria, juga merupakan seorang Hafizah Al-Quran 30 Juzuk.

Dalam satu hantaran di media sosial oleh agensi kerajaan, Majlis Amanah Rakyat, baru-baru ini, turut berkongsikan yang Aria juga seorang yang cemerlang dalam bidang akademik.

Aria, atau sebenarnya Sharifah Alia Husna Syed Fakrrurozi merupakan pelajar semester akhir Diploma Pengajian Perniagaan di Kolej Profesional MARA (KPM) Beranang.

Dia berjaya mencatatkan GPA 4.0 selama 5 semester berturut-turut setakat ini.

Pada Sukan SEA Phnom Penh Kemboja 2023 yang lalu, Aria bersama skuad Harimau Malaya berjaya menyumbangkan pingat gangsa untuk Malaysia.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved