Connect with us

Mobile Legends

Pabz sah keluar Team Haq, cari team baru

Published

on

Foto: MOONTON GAMES

Ketua Jurulatih Mobile Legends Team Haq, Khairul Azman (Pabz) secara rasmi telah meninggalkan pasukan itu.

Jelas Pabz, dia menghargai setiap peluang yang diberikan sepanjang berkhidmat bersama Team Haq.

“Terima kasih Team Haq atas ruang dan peluang untuk menimba ilmu sehingga hari ini,” kata Pabz kepada WTM Today hari ini.

Pabz baru-baru ini berjaya membantu skuad Harimau Malaya meraih pingat perak di Sukan SEA Phnom Penh 2023, selepas diberi kepercayaan untuk menjadi ketua jurulatih pasukan negara.

Dia mula menyertai arena kompetitif profesional sejak Liga Profesional Mobile Legends Malaysia Musim Kesembilan (MPL MY S9) 2022.

Pada ketika itu, Pabz berkhidmat sebagai jurulatih untuk pasukan Orange Esports dan berjaya membantu pasukan itu meraih tempat kedua MPL dan mengunci slot ke MSC 2022.

Pada musim berikutnya, Pabz kembali menjadi jurulatih untuk Team Haq dan sekali lagi berjaya mara ke Grand Final MP, dan muncul sebagai juara MPL MY S10 apabila menewaskan Todak 4-2.

Dalam masa setahun, Pabz berjaya membawa pasukannya ke gelanggang antarabangsa sebanyak tiga kali apabila Team Haq dipilih sebagai wakil Malaysia ke M4 2022, MSC 2022 dan ONE Esports MPL Invitational 2022.

Menurut Pabz, dia kini terbuka untuk menyertai mana-mana pasukan ketika ini.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved