Mobile Legends
Bekas pemain Falcon Esports, Naomi sah sertai RRQ Hoshi

Pemain tank Myanmar, Naomi sah akan memainkan peranan sebagai roamer bagi gergasi Indonesia, RRQ Hoshi.
Perkara itu diumumkan Team RRQ, dalam satu video YouTube hari ini.
Naomi sebelum ini untuk pasukan tanah airnya, Falcon Esports. Antara pencapaian tertinggi Naomi termasuklah:
- Top 6 Kejohanan Dunia Mobile Legends M4 2023
- Juara Kelayakan Myanmar ke M4 2023
- Top 4 Piala Asia Tenggara Mobile Legends (MSC) 2022
Berdasarkan rekod, Naomi mula menyertai MPL Myanmar sejak musim kedua lagi, iaitu pada tahun 2019.
Kehadiran Naomi ke liga profesional Indonesia mencatat rekod sendiri sebagai pemain Myanmar pertama di negara itu.
Sebelum ini, bekas organisasi Naomi, Falcon Esports mengesakan divisyen MLBBnya dibubar pada 30 Mei lalu, selepas dua tahun beroperasi.
Falcon Esports masih mempunyai divisyen e-sukan lain seperti PUBG Mobile.